ISU-ISU
SEMASA

GANGGUAN SEKSUAL

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GANGGUAN SEKSUAL?

Sebarang perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini atas sebab yang munasabah setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung, terhina atau terugut.

JENIS GANGGUAN SEKSUAL

Fizikal

Psikologi

Lisan

Visual

Isyarat

PUNCA

KESAN

(BERITA) Guru didakwa liwat pelajar perempuan dalam makmal komputer

CHUKAI: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini, atas tuduhan menghantar mesej dan memiliki gambar lucah serta melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuannya.

Tertuduh, Nor Azdi@Mohd Norazdil Farid Zahari, 46, membuat pengakuan tidak bersalah sejurus empat pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa berusia 14 tahun melalui aplikasi WhatsApp, jam 6.39 petang pada 8 November tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, dibaca bersama Seksyen 16 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal secara meliwat mangsa sama dalam makmal komputer sekolah di daerah ini, jam 9.45 pagi pada hari sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) akta sama, sabit boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Bagi tuduhan ketiga, tertuduh didakwa berkomunikasi dengan mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp dengan niat melakukan atau memudahkan perlakuan hubungan seks dengan mangsa di antara jam 6.50 petang hingga 7.14 malam di antara 4 hingga 7 November tahun lalu,

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 12 akta yang sama, yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagi tuduhan keempat, tertuduh pada kira-kira jam 5 petang pada 14 November tahun lalu, didakwa mengakses atau mempunyai dalam milikan atau kawalan pornografi kanak-kanak berkenaan ketika diperiksa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 akta yang sama yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda maksima RM10,000 atau kedua-duanya.

Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh itu, Wan Suhaila menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM17,000 bagi keempat-empat pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh membayar jaminan itu.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga perbicaraan kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman.

URL: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/11/1180748/guru-didakwa-liwat-pelajar-perempuan-dalam-makmal-komputer 

PERKARA YANG DILANGGAR

RASUAH

RASUAH = UPAH

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

PUNCA

KESAN

(BERITA) Bekas guru besar sekolah agama didakwa terima rasuah RM164,800

SHAH ALAM: Bekas guru besar Sekolah Rendah Agama (SRA) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini dengan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM164,800 pada 2019 dan 2021.

Suapan itu adalah bagi kerja selenggara dan naik taraf bangunan serta infrastruktur SRA dalam daerah Petaling dan Kuala Selangor.

Kamaludin Sahlan, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kertas pertuduhan, Kamaludin, yang sebelum ini bertugas di sebuah SRA di daerah Petaling, didakwa meminta 11 peratus daripada nilai projek dan menerima RM164,800 menerusi pindahan atas talian ke akaun bank miliknya daripada seorang lelaki berusia 52 tahun.

Ia sebagai dorongan serta membantu individu berkenaan mendapatkan kerja selenggara dan naik taraf bangunan serta infrastruktur SRA dalam daerah Petaling dan Kuala Selangor.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan di sebuah cawangan bank di Kota Kemuning, Shah Alam, di antara Mei 2019 hingga April 2021.

Difahamkan, Kamaludin sudah dipindahkan ke Unit Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa, Mohd Aliff Shaharuzaman, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon tertuduh dikenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan menyerahkan pasport untuk simpanan mahkamah dan melaporkan diri ke Pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dijamin RM30,000, dengan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Januari depan.

URL: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1042741/bekas-guru-besar-sekolah-agama-didakwa-terima-rasuah-rm164800 

PERKARA YANG DILANGGAR

PONTENG KERJA

APA ITU 'PONTENG'?

Kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri atau tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan tanpa mengemukakan bukti sebab yang sah dan munasabah

PUNCA

KESAN

(BERITA) Kemenangan tiga pelajar dalam kes saman terhadap guru ponteng,
pengajaran untuk semua

KOTA KINABALU: Tiga bekas pelajar sekolah menengah di Kota Belud yang memenangi saman terhadap guru mereka kerana gagal hadir untuk mengajar selama tujuh bulan berharap kes itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak dalam memenuhi tanggungjawab masing-masing.

Calvina Angayung, 22, juga berharap kemenangan itu akan menjadi motivasi kepada orang lain yang masih mengambil sikap mendiamkan diri untuk bangkit memperjuangkan hak mereka.

"Kami menjadi mangsa ketidakadilan guru ini sehingga menyebabkan kami gagal dalam peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris. Kemenangan ini adalah hadiah kepada semua pihak yang menyokong kami sejak awal.

"Terima kasih kepada saksi-saksi kami yang tampil dengan berani di mahkamah, NGO (badan bukan kerajaan) dan aktivis, ibu bapa, rakan-rakan serta masyarakat di luar sana yang sentiasa menyokong kami tanpa mengira di mana kami berada," katanya ketika dihubungi.

Seorang lagi plaintif, Nur Natasha Allisya Hamali pula berkata, beliau lega kerana meskipun mengambil masa enam tahun, semua usaha mereka ternyata tidak sia-sia dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan itu.

Pada tahun 2020, Calvina, Nur Natasha Allisya dan Rusiah Sabdarin, yang berusia 22 tahun, menyaman bekas guru Bahasa Inggeris mereka iaitu Mohd Jainal Jamran yang didakwa tidak hadir untuk mengajar subjek itu selama tujuh bulan pada 2017, Pengetua sekolah ketika itu Suid Hanapi, Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan dan kerajaan.

Pada Selasa, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Leonard David Shim ketika membenarkan saman itu memutuskan bahawa kelima-lima defendan telah melanggar kewajipan statutori mereka dan jaminan perlembagaan untuk kesemua bekas pelajar terbabit mendapatkan pendidikan.

Mahkamah kemudian memberi pampasan sebanyak RM150,000 kepada ketiga-tiga plaintif.

Peguam Sherzali Herza Asli, yang mewakili kesemua pelajar berkata, adalah penting untuk kerajaan menyedari dan mengiktiraf kelemahannya serta menggubal dasar bagi memastikan akauntabiliti guru yang ingkar demi kesejahteraan dan prospek generasi masa depan negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian berkata, mereka yang berada dalam ekosistem sekolah mempunyai tanggungjawab masing-masing dan guru yang sepatutnya hadir ke kelas untuk mengajar namun gagal berbuat demikian, perlu mempunyai alasan munasabah.

"Meskipun pelajar harus berdisiplin dan menghormati guru, mereka tetap berpeluang bercakap dengan ibu bapa yang akan membangkitkan perkara itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru mengenai perkhidmatan yang diberikan di sekolah," katanya.

-- BERNAMA

URL: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemenangan-tiga-pelajar-dalam-kes-saman-terhadap-guru-ponteng-pengajaran-untuk-semua-429034 

PERKARA YANG DILANGGAR

MURID SEBAGAI 'CONTENT'  MEDIA SOSIAL

GURU 'CONTENT CREATOR'

Segelintir guru mengabaikan garis panduan dan menggunakan murid sebagai konten media sosial. Wujud juga segelintir guru yang menggunakan media sosial seperti membuat siaran langsung (live) semasa kelas berlangsung.

PUNCA

KESAN

GARIS PANDUAN NILAI DAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL KPM.pdf

GARIS PANDUAN NILAI DAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai garis panduan penggunaan media sosial dan setiap guru perlu mematuhi selain menggunakannya untuk tujuan yang baik. 

(BERITA) Kecoh guru rancak buat ‘live’ ketika mengajar di kelas

PETALING JAYA – Tindakan seorang guru yang mengajar di dalam kelas sambil membuat rakaman siaran langsung di media sosial telah menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Pagi tadi, kecoh di Twitter mengenai ciapan seorang pengguna, Tai Tai berkongsi tangkap layar yang diambil sewaktu mengikuti sesi ‘live’ seorang guru dan dapat dilihat ketika itu guru tersebut sedang mengajar di dalam kelas.

Katanya, setelah dia meninggalkan komen bagi menegur tindakan guru berkenaan, akhirnya guru tersebut bertindak menyekat akuannya daripada terus mengikuti siaran langsung itu.

“Mak ayah setuju ke cikgu mengajar sambil ‘live’, bila saya komen di video, terus kena sekat,” ciapnya.

Sementara itu, perkongsian tersebut turut membangkitkan kemarahan sesetengah pihak lebih-lebih lagi golongan ibu bapa kerana mereka dilihat mempersoalkan etika seorang guru serta risau akan keberkesanan ilmu yang disampaikan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi negatif diberikan oleh orang ramai yang rata-ratanya kurang setuju dengan tindakan golongan pendidik yang gemar membuat sesi siaran langsung sewaktu mengajar di dalam kelas.

Lebih membimbangkan adalah guru-guru ini dikatakan terlalu mengutamakan konten video di media sosial serta jumlah penonton yang mengikuti siaran langsung mereka berbanding tumpuan terhadap anak didik sendiri.

“Cikgu mengajar dalam kelas sambil buat ‘live’, pelajar dah di dalam kelas depan mata, jadi rakaman itu untuk siapa pula, ini etika seorang guru ke, boleh beri pencerahan kepada kami,” komen seorang pengguna.

“Adakah pihak kementerian pendidikan membenarkan seorang guru itu rancak membuat ‘Facebook Live’ kongsi situasi ketika mengajar di dalam kelas, dan ramai guru yang buat macam ini, siap sibuk minta penonton kongsi ‘live’ mereka, mana fokus untuk mengajar,” soal pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

URL: https://www.kosmo.com.my/2022/04/13/kecoh-guru-rancak-buat-live-ketika-mengajar-di-kelas/ 

(BERITA) Guru jadikan murid 'content' media sosial bakal berdepan tindakan - Fadhlina

SHAH ALAM : Guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan murid di dalam media sosial.

"Sekiranya garis panduan itu tidak dipatuhi dan ada aduan, tindakan boleh diambil," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan di sini pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan ibu bapa resah dan menyelar tindakan segelintir guru menggunakan anak murid sebagai kandungan untuk dimuat naik ke akaun laman sosial mereka demi mengejar populariti dan mendapat habuan peribadi.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) juga dilapor menerima sekurang-kurangnya satu aduan sehari daripada ibu bapa mengenai anak mereka yang dijadikan kandungan peribadi media sosial guru. - Sinar Harian

URL: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-jadikan-murid-content-media-sosial-bakal-berdepan-tindakan-fadhlina-436501 

(BERITA) Guru patut elak siar wajah pelajar di media sosial - CMCF

KUALA LUMPUR: Guru digesa untuk tidak menyiarkan pelajar mereka sebagai kandungan di dalam media sosial, lebih-lebih lagi tanpa kebenaran ibu bapa mereka dan perlu bertanggungjawab etika digital dalam penghasilan kandungan.

Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Rafiq Razali, berkata perbuatan berkenaan bukan saja merugikan kedua belah pihak, tetapi boleh dianggap sebagai pencerobohan privasi untuk pelajar dan keluarga mereka.

"Dengan mengambil contoh kandungan tular di media sosial yang membabitkan guru dan pelajar, seharusnya perlu ada langkah proaktif bagi menangani penularan terbabit daripada terus berleluasa.

"Ini sudah pasti untuk menjaga nama baik sekolah atau pun Kementerian Pendidikan (KPM) daripada diberi gambaran negatif dalam masyarakat, selain mengekang penyebaran maklumat tidak tepat di media sosial membabitkan sekolah, guru dan pelajar supaya ia tidak menjadi tohmahan dan cercaan orang ramai," katanya dalam kenyataan.

Rafiq yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima (MPB), menegaskan perkhidmatan perguruan adalah satu kerjaya yang mulia dan penting dalam membentuk masa depan pelajar.

"Demi memelihara imej dan integriti kerjaya guru tetap terpelihara, mereka perlu menerapkan nilai dan etika untuk memastikan pengalaman pendidikan yang bermakna dan positif.

"Dalam usaha mencapai matlamat itu, sikap berhati-hati ketika memuat naik kandungan adalah perlu demi memastikan profesionalisme mereka sendiri tidak terjejas," katanya.

Beliau berkata, CMCF turut menyokong gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya pelaksanaan peraturan dan penguatkuasaan undang-undang diperketat bagi mengekang masalah berkenaan daripada terus berlaku kerana ia berupaya memberi implikasi negatif terhadap kualiti guru.

"Ia juga adalah untuk mencegah para guru daripada menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu bekerja.

"Tindakan berhemah dan proaktif dalam menguruskan kandungan di media sosial adalah penting terutama dalam konteks hubungan antara guru, pelajar dan KPM demi memelihara sistem pendidikan di Malaysia," katanya.

Katanya, perkara berkenaan adalah langkah strategik dalam era digital untuk menjaga integriti dan reputasi setiap pihak yang terbabit.

"Kesedaran etika digital dan perlindungan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama. Kolaborasi antara guru, ibu bapa, dan pihak berkepentingan adalah penting untuk menciptakan lingkungan pendidikan yang holistik dan memberikan manfaat maksimum kepada pelajar.

"Melalui pemahaman dan amalan prinsip-prinsip umum, perlindungan aktif, serta penerapan kod kandungan, kita dapat memastikan para pelajar mendapatkan manfaat maksimum dari terdedah kepada risiko yang tidak perlu," katanya.

URL:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1224981/guru-patut-elak-siar-wajah-pelajar-di-media-sosial-cmcf  

PERKARA YANG DILANGGAR