Karnival Sekolah Pengajar 2026
Karnival Sekolah Pengajar dan PINANG 2026 (KSPP) akan diadakan pada 22 hingga 24 April 2026 peringkat negeri Pulau Pinang. Karnival Sekolah Pengajar merupakan program tahunan buat tahun kedua yang bergabung dengan PINANG 2026. Program PINANG merupakan singkatan daripada frasa Penyelidikan dan Inovasi Pulau Pinang yang menjadi program wajib di IPG Kampus Pulau Pinang. PINANG 2026 telah masuk tahun keenam penganjurannya yang dianjurkan oleh Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Pulau Pinang. Sekolah Pengajar pula melibatkan 12 buah sekolah pengajar dan Sekolah Dalam Hospital, Hospital Seberang Jaya iaitu:
SK. Ayer Itam
SK.Francis Light
SK.Tan Sri P.Ramlee
SJKC. Chung Hwa Confucian A
SJKT. Ramakrishna
SK.Permatang Buloh
SJKC. Keong Hoe
SJKT Rajaji
SK. Permatang Damar Laut
SK.Sungai Ara
SK.Balik Pulau
SK.Bayan Lepas 2
Sekolah Dalam Hospital, Hospital Seberang Jaya
OBJEKTIF
Memberi peluang kepada warga pendidik untuk berkongsi hasil penyelidikan berkaitan dengan pendidikan guru
Memantapkan kemahiran penyelidik dalam melaksanakan kajian yang berimpak tinggi
Menggalakkan warga pendidik membangunkan profesionalisme dalam aspek penyelidikan dan penerbitan
Meneruskan usaha bagi merealisasikan hala tuju pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti
TEMA
Memartabatkan Penyelidikan dan Inovasi Berteraskan Madani dalam Era Digital
SUBTEMA
Pedagogi dan Kurikulum
Kepimpinan dalam Pendidikan
Penilaian Pendidikan
Pendidikan Karakter
STEM
Pendidikan Digital
Kecerdasan Buatan (AI)
Bimbingan Kaunseling dan Psikologi
Bahasa dan Sastera
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Telefon: 04-6603100
Faks: 04-6583680