Modul Lanjutan e-KomPeGÂ
STANDARD 6
Memfokuskan kepada kemahiran menyampaikan hasil pentaksiran secara jelas, tepat, dan berkesan kepada murid, ibu bapa, pendidik lain, serta pihak berkepentingan. Pendekatan ini memastikan komunikasi yang berkualiti untuk menyokong perkembangan murid dan meningkatkan kepercayaan terhadap sistem pentaksiran.
STANDARD 7
Memberikan panduan kepada pendidik untuk mengenalpasti, mencegah, dan menangani amalan pentaksiran yang tidak beretika, menyalahi undang-undang, atau tidak sesuai. Standard ini bertujuan untuk menjamin integriti proses pentaksiran dan memastikan penggunaan maklumat yang beretika..
Modul ini mendukung usaha Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam membina sistem pentaksiran yang telus, berintegriti, dan berpusatkan murid