Di akhir unit ini, anda dapat:
Mengenal pasti prinsip pembinaan item.
Mengenal pasti aras pemikiran yang berbeza.
Mengenal pasti ciri-ciri item KBAT.
Menyediakan jadual spesifikasi ujian (JSU).
Mengaplikasi Sistem 9 Poin untuk menilai item yang baik.
AKTIVITI 1
Berikut merupakan contoh Borang Penilaian Item dan Ciri Item KBAT. Teliti dan isikan ruang dengan jawapan yang betul bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar.
AKTIVITI 2
Pilih ahli kumpulan yang mengajar mata pelajaran yang sama. Tentukan satu mata pelajaran yang diajar atau yang pernah diajar oleh semua ahli dalam kumpulan anda. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincang dan gubal Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dengan berpandukan dokumen kurikulum dan template yang diberikan.
Bentangkan JSU anda dengan menjelaskan bagaimana kumpulan anda menetapkan konstruk atau topik dan wajaran markah yang diberikan.
PERHATIAN - Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah DILARANG dan perlu mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.