Peranan media di Malaysia sudah tentu menjadi salah satu punca berkembangnya fenomena Islamofobia. Pandangan negatif dan salah faham terhadap Islam seperti larangan memasuki masjid oleh orang bukan Islam, bantahan orang bukan Islam membaca ayat al-Quran di dalam perucapan umum, kes memijak kepala lembu dan lain-lain telah menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia. Media juga kerap memaparkan aksi-aksi keganasan yang dilakukan orang islam tanpa mengimbangkannya dengan jenayah bukan Islam. Media secara asasnya masih tidak berkesan dalam membetulkan persepsi Islamofobia ini. Bahkan kerap kali media ini menayangkan program-program yang berunsurkan anti-Islam termasuk filem dan drama yang menimbulkan kekeliruan terhadap Islam.
Malaysia mempunyai kelebihan untuk menegakkan syiar Islam memandangkan banyaknya institusi agama yang ada untuk menyebarkan dakwah ini. Namun demikian, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Dalam undang-undang dan peruntukan yang tinggi untuk Islam, fenomena Islamofobia ini masih berleluasa dan malahan semakin menyubur di negara ini. Kenyataan menghina undang-undang Islam, mempersoal institusi fatwa, memperleceh amalan ibadah umat Islam dan sebagainya membuktikan bahawa terdapat kelemahan pada institusi Islam ini. Oleh itu, institusi Islam ini perlu melakukan transformasi segera demi memastikan peranan dan tanggungjawab terhadap Islam dapat dilaksanakan dengan berhikmah dan berkesan.
Tuntasnya, kefahaman yang baik tentang islam ini masih kurang dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Perkara ini sangat membimbangkan khususnya kepada kalangan orang Muslim. Masyarakat Islam selalu terdapat salah faham tentang hukum-hukum Islam seperti undang-undang hudud, pewarisan dan hak-hak wanita. Selain itu, masyarakat tidak tahu dan sering salah faham tentang beberapa prinsip syariah yang wajib kita patuhi seperti pewarisan dan faraid yang berpotensi ramai masyarakat cuba untuk menolak serta mempertikaikan ajaran Islam yang sebenar. Oleh hal demikian situasi ini boleh menimbulkan persepsi atau anggapan negatif orang bukan Islam terhadap amalan dan kepercayaan yang diamalkan dan diterima oleh umat Islam yang sebenar. Tegasnya, isu menindas khususnya kepada golongan wanita juaga menjadi punca Islamofobia di Malaysia.
Antara berlakunya Islamofobia di Malaysia adalah kurangnya ilmu pengetahuan serta kejahilan orang bukan Islam. Hal ini kerana sistem pendidikan di negara kita yang tidak menawarkan tentang ajaran Islam unutk didedahkan kepada masyarakat bukan Islam khususnya. Kurangnya Ilmu pengetahuan ini tidak kira di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah akan menyebabkan kesan yang buruk yang akhirnya Islam akan dilihat sebagai agama yang memberi ancaman kepada kehidupan mereka sekali gus menimbulkan ketidakadilan khususnya yang melibatkan hak-hak wanita.