Menurut Wikipedia, Islamofobia merujuk kepada perasaan prasangka kepada agama Islam dan juga kepada orang Muslim. Isu ini menjadi tanya kepada orang yang memeluk agama Islam iaitu mengapa mereka terlalu mendiskriminasikan amalan yang dilakukan oleh orang Islam sehinggakan mereka memulaukan agama ini dari pelbagai sudut.
Islamofobia mula menular di Malaysia apabila media akhbar negara barat mula mendukung sentimen anti-Islam dan anti-Muslim. Hal ini sejurus mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia yang menjurus ke arah membanteras agama Islam. Oleh itu, sebagai negara yang mengikut Perlembagaan, kita seharusnya menjaga agama Islam ini kerana agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Usaha-usaha dalam mengubah pemikiran seperti ini harus dicantas demi keamanan negara.