Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang,strategi yang paling berkesan menangani Islamofobia adalah melalui media.Pada era berteknologi moden ini, media memainkan peranan yang amat besar di mana media menjadi satu tempat menyampaikan maklumat dengan pantas dan mudah.Sebagai mana yang kita sedia maklum, media mempunyai kuasa yang besar maka pihak media perlulah berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kerana mampu mempengaruhi penggunanya.Oleh hal yang demikian, pihak media seharusnya menerbitkan satu dokumentari yang menceritakan kebenaran apa itu Islamofobia.Walau bagaimanapun, setiap perkara yang positif pasti akan ada negatifnya seperti mana terdapat beberapa dokumentari yang menceritakan tentang islamofobia seperti The Muslim Next Door’ oleh Katherine AnneCouric.Tegasnya pihak media seharusnya menapis segala kandungan yang di kongsikan oleh penggunanya.
Pada waktu yang sama, masyarakat juga menjadi satu objektif yang utama kerana berperanan untuk menangani isu islamofobia.Seperti satu tragedi yang berdarah di New Zealand pada 2019 yang telah membunuh puluhan orang di masjid.Pernah kita terfikir mengapa perkara ini berlaku? Semestinya kerana masalah islamofobia , jelas lagi nyata yang isu ini perlu di tangani dengan secepat mungkin. Sehubungan dengan itu, dalam usaha meningkatkan dan menzahirkan kecintaan kita kepada Islam dan memperbetulkan pandangan yang salah tentang Islam,penting untuk diteliti kembali akhlak peribadi baginda Rasulullah SAW dalam menghadapi golongan yang menentang Islam dan sentiasa mencuba untuk memburukkan dan menjatuhkan Islam dan maruah baginda Rasulullah SAW.Seperti riwayat Abu Hurairah r.a pada suatu ketika datang seorang dari kaum yahudi yang menuntut hutang daripada baginda nabi dengan berkata “Kamu dari Bani Abu Manaf adalah bangsa yang suka melambatkan pembayaran hutang”.Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama baginda dan Umar hampir memenggal leher lelaki Yahudi itu.Lalu bagida Nabi berkata kepadanya “Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayarnya dengan baik”.Pada masa yang sama kisah ini mengajar kita bahawa sikap pemaaf mampu membuatkan sesuatu kaum itu dari benci menjadi sayang akan Islam.Tegasnya,sifat yang ditonjolkan oleh baginda hendaklah di ikuti agar dunia tahu yang sebenarnya islam itu indah dan islam adalah agama yang mengajarkan cara hidup yang sempurna.
Dalam menangani isu islamofobia ini, pendidikan menjadi cabang utama dalam membentuk pelajar yang mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam isu isalamafobia. Subjek yang perlu di perkukuhkan dalam kalangan pelajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah adalah subjek Pendidikan Islam yang mampu membantu pelajar dalam memahami isu ini.Seterusnya, tidak lupa juga dengan pelajar di peringkat IPTA atau IPTS di mana mereka ini perlu juga di berikan pengetahuan yang kukuh dalam isu ini, seperti yang kita lihat kebanyakkan pelajar yang mudah di pengaruhi dengan agenda barat adalah siswa-siswi. Selain itu, pihak bertanggungjawab seperti KPM dan KPT juga perlu memainkan peranan yang utama di mana mereka boleh bekerjasama dengan pihak masjid di kawasan IPT terdekat dan menjalankan program seperti ceramah. Dengan inisiatif ini, mereka dapat menimba pengetahuan supaya tidak terpengaruh dengan agenda barat.Tegasnya, pendidikan menjadi aspek utama dalam membentuk pelajar di Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dalam masa yang sama mampu membentuk akhlak yang terpuji.
Dalam meniti zaman berteknologi tinggi ini, insiden-insiden yang tidak diinggini masih lagi berlaku di mana membuatkan isu islamafobia ini dalam puncak yang kritikal.Seterusnya, satu badan khas yang telah diwujudkan oleh Pertubuhan Negara-Negara Islam untuk memantau situasi yang masih kritikal dalam masa yang sama menangani masalah ini iaitu “OIC Islamofobia Observatory” telah ditubuhkan.Persatuan ini memainkan peranan memantau Islamofobia dengan mengambil langkah dalam memulakan dialog bagi menonjolkan nilai-nilai islam sebenar serta mampu memantapkan negara islam bagi berdepan dengan fenomena islamofobia.Secara totalnya, jelas lagi nyata yang persatuan ini membawa satu matlamat di mana menunjukkan kepada dunia yang Islam ini adalah agama yang aman serta adil.