LAMAN UTAMA
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberikan peluang untuk menyempurnakan kedua-dua Pentaksiran Berterusan bagi kerja kursus Kemahiran belajar (GKEB1072) dan kerja kursus Asas Pembelajaran Digital (GAPD1032). Sudah tentu banyak cabaran yang telah dilalui sepanjang melaksanakan tugasan ini. Namun dengan segala dorongan dan bimbingan daripada pelbagai pihak tugasan ini akhirnya mampu diselesaikan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah bagi kursus Kemahiran Belajar, Puan Fatimah Bivi dan Dr. Shariza Said kerana memberi peluang kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Ellie Esterina Mohd Fasiah selaku pensyarah bagi kursus Asas Pembelajaran Digital yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam tugasan ini sehingga selesai termasuklah pengembangan idea yang diberikan secara tidak langsung membantu saya menyelesaikan tugasan ini.