LAMAN UTAMA
Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam kehidupan seorang pelajar. Kemahiran merujuk kepada kecekapan,keupayaan dan kepandaian manakala belajar pula boleh didefinisikan sebagai usaha dan tanggungjawab seseorang untuk memperoleh ilmu pengetahuan sekali gus meningkatkan pengetahuan yang mampu memberikan perubahan tingkah laku.
Menurut Dunn dan Dunn (1992), setiap pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang,mempunyai disiplin diri dan sikap yang positif merupakan seseorang yang mempunyai strategi dan teknik belajar yang berkesan. Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk mengenal pasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran ( Dunn dan Stevenson, 1997) Hal ini termasuklah mempunyai teknik cekap yang diaplikasikan dalam pembelajaran bagi memudahkan pelajar dalam penerimaan,pengumpulan maklumat dan pengekalan serta menyelesaikan tugasan pembelajaran (Abdul Razak Habib,2002).Â
Jelaslah disini bahawa, kemahiran belajar memberikan pengaruh besar dalam proses pembelajaran seorang pelajar dan amat penting untuk membangunkan keupayaan pelajar untuk belajar,mengumpul dan memproses maklumat secara kendiri serta memperoleh pembelajaran seumur hidup.