LAMAN UTAMA
Secara umumnya, membaca adalah satu proses komunikasi yang perlu memindahkan tulisan kepada sesuatu yang bermakna. Hal ini merujuk kepada pembaca yang boleh menukar teks kepada bahasa yang mudah untuk difahami.
Kemahiran mrmbaca juga merupakan proses kognitif yang dinamik tetapi kompleks. Kemahiran ini memerlukan urutan pemikiran dan latihan untuk menyampaikan maklumat kepada otak.
Kemahiran membaca amat diperlukan untuk memilih maklumat tepat dan cekap di samping memahami bahan bacaan dengan lebih baik.
Teknik ini merupakan proses mengenal pasti dan memfokuskan kepada setiap perkataan dalam ayat atau teks yang dibaca
SKIMMING(Luncuran)
Teknik ini adalah untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas tentang sesuatu bahan. Bacaan teknik ini juga memudahkan untuk kita mendapatkan pandangan umum tentang sesebuah topik
SCANNING(Imbasan)
Scanning merupakan pembacaan secara imbasan untuk mencari ayat yang khusus.Teknik ini juga digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada teknik skimming.Teknik ini akan memudahkan kita memperoleh maklumat tertentu sebagai jawapan kepada persoalan atau topik yang dicari.
Teknik ini merupakan teknik untuk mendapatkan maklumat dengan tepat dan sesuai. Pembacaan perlahan mengekalkan tumpuan untuk membaca secara terperinci.
MENGANALISIS
Menganalisis dan meneroka bahan bacaan dengan lebih mendalam untuk mendapatkan pemahaman yang baik dalam kandungan sesuatu bahan
MENILAI DAN BERSIKAP KRITIS
Bacaan dapat dinilai dengan lebih terperinci tentang sesuatukandungan atau maklumat yang dibaca sekali gus memupuksikap lebih kritis.
MEMAHAMI ARAHAN
Arahan lebih mudah untuk difahami dan diteliti dengan teknik pembacaan perlahan
MENGINGAT
Mudah untuk mengingat fakta atau maklumat yang dibaca dengan lebih berkesan
Teknik ini merupakan teknik yang disesuaikan mengikut keadaan dan tujuan membaca. Pembaca perlu membuat analisis yang mendalam tentang bahan bacaan
MENINJAU
Pembaca memulakan dengan melihat bahan bacaan terlebih dahulu dan mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang kandungan
MENYOAL
Perlu mewujudkan persoalan yang sesuai dan bertanya soalan agar menjadi proses membaca yang aktif
MEMBACA
Membaca dengan menyoal diri sendiri dan berhenti ketika ingin menjawab persoalan
MENYEBUT
Cuba untuk mengingat semula kandungan yang dibaca dan cuba untuk memahami secara total agar menerima maklumat dengan baik
Nota merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Maklumat-maklumat yang dicatat sangat penting dan ia akan menjadi rujukan serta peringatan pada sesuatu perkara. Bukan itu sahaja,nota juga boleh dikatakan sebagai satu seni. Hal ini dikatakan demikian kerana nota boleh dihasilkan mengikut kreativiti seseorang.