Pemula ini digunakan untuk motor yang berukuran kecil dari segi penggunaan dan saiznya yang mana bahaya arus tinggi sewaktu mula-mula dihidupkan tidak begitu ketara.
Pemula ini biasanya digunakan untuk motor berukuran ½ K.K. hingga 3 K.K (0.37 KW hingga 2.2 KW) yang biasanya digunakan untuk bebab-beban seperti penghawa dingin, penghembus udara, pemampat udara dan sebagainya.
Arus mula adalah 6 hingga 8 kali dari arus kendalian normal. Jika sesuatu motor mempunyai arus kendalian normal 6 Amp., ini bermakna arus mula yang akan wujud pada motor itu ialah 36 Amp. hingga 48 Amp. Ini hanya berlaku untuk beberapa saat sahaja.
Beban yang digunakan tidak boleh melebihi 3 K.K kerana arus mula yang tinggi boleh menggangu sumber bekalan ke beban-beban lain kerana dalam sistem penghidup talian terus ini, bekalan dikenakan terus kepada motor tanpa alat perantaraan untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor.
Motor 3 fasa yang sesuai bagi penghidup talian terus ialah motor jenis Sangkar Tupai (Squirrel Cage).
Pemula Talian Terus Kendalian Mara Dan Songsang
Bagi membalikkan putaran motor, kaedah yang digunakan ialah dengan menukarkan sambungan dua daripada fasa yang disambung di motor. Pada pemula begini diadakan satu kaitpunca elektrik (interlock).
Tujuan diadakan kaitpunca elektrik ini ialah supaya motor tidak dapat ditukar arah pusingan secara tiba-tiba semasa ia sedang beroperasi sebelum diberhentikan terlebih dahulu.
Selain dari kawalan yang asas, pemula ini boleh ditambah dengan kawalan jauh , kawalan suis had, kawalan suis apung dan sebagainya.
Pemula jenis mara dan songsang talian terus ini biasanya digunakan pada sistem yang memerlukan kendalian mara dan songsang silih berganti seperti sistem lift, kren dan sebagainya.
🤨 INTERLOCK!
Interlock berfungsi untuk mengelakkan kedua-dua penyentuh (mara & songsang) diaktifkan serentak, yang boleh menyebabkan litar pintas (short circuit) akibat penukaran fasa terbalik.
Apabila penyentuh (Forward) diaktifkan, penyentuh tambahan (forward) NC yang bersambung pada litar coil REVERSE akan terbuka, menghalang arus mengaktifkan PENYENTUH (Reverse).
Begitu juga sebaliknya: apabila PENYENTUH REVERSE berfungsi, NC REVERSE akan membuka litar FORWARD.
Interlock ini boleh berbentuk elektrik (sesentuh tambahan NC) atau mekanikal (mekanisme fizikal pada penyentuh) bagi memastikan hanya satu arah operasi motor berlaku pada satu masa.
💭💡 Berdasarkan litar di atas, analisis dan terangkan litar kawalan automatik mara songsang.