Kelas Ganti 2020

Pemikiran Komputasional & Matematik 3 Rajin

10 Februari 2020

Salam 15 Jamadil Akhir 1441H , sesekali diberi tugas mengganti rakan setugas yang menjalankan tugas rasmi di luar sekolah hari ini.

Fikiran ligat memikirkan idea terbaik untuk menjalankan aktiviti bersama 3 Rajin ini.Kalangan muridnya pelbagai aras dan sebahagian besar pada aras sederhana selain beberapa murid masih di bawah program pemulihan. Maka idea utama hari ini ialah memasukkan elemen TMK dalam Matapelajaran Matematik . Melihat pada buku latihan murid-murid ini masih di tajuk pertama iaitu Nombor bulat hingga 10 000, maka cikgu mereka ini pun pantas mencapai aplikasi Microsoft Excel dan menjadikan kemahiran mengenal nilai tempat bagi nombor 4 digit serta kaedah menyebut nombor 4 digit sebagai aktiviti pada hari ini.