Fotografi

HOBI VS ILMU

31 Januari 2020

Assalamualaikum, Salam 6 Jamadil Akhir 1441H, memulakan entri pertama berkaitan dunia fotografi di tahun 2020 ini.

Imbas kembali momen fotografi pada diri saya sebenarnya telah bermula lebih kurang 7-8 tahun yang lalu dengan "mode" tengelam timbul begitu sahaja.Kamera DSLR dah kembali tersimpan dengan "mode" rosak lens. Kesimpulan yg boleh dinyatakan disini ialah, minat tanpa ilmu sesuatu aktiviti yg diminati tak akan kekal.

TIPS FOTOGRAFI

Alhamdulillah minat untuk ambil gambar mula timbul sejak awal Disember 2019. Secara tidak langsung melalui sosial media sertai satu Group Travellers, dari situ apabila melihat entri kembara dengan koleksi foto pemandangan yang memukau, mula minat datang semula.Godek-godek mode mobile phone camera cuba "close up" foto, "wow , terpesona pulak dengan petikan sendiri, maka saban petang cuba mencari hasil tangkapan. Minimalis tips dari beberapa rakan fotografer menjadi panduan.Melalui platform sosial media , cuba selongkar foto-foto "awesome" melalui tanda pagar seperti #closeupphoto #closeupphotography dan beberapa yang lain.