DASHBOARD PENDIDIKAN DIGITAL SKKP
2022
2022
Jujurnya selaku admin sekolah bagi kedua-dua platform ini, bagi saya bukan masalah yg kami fikirkan tetapi yang penting ialah klien kami iaitu murid-murid boleh mengadaptasi semua tools tersebut dengan sebaik mungkin.
Satu perkara yang lebih penting ialah penerimaan rakan pendidik kepada setiap perubahan yang berlaku . Bagi saya kalangan rakan pendidik agak "lemau" menerima perubahan sehingga hari ini disamping kekangan kemudahan sedia ada.
Namun semua itu bukan penyebab untuk kami pasukan ICT sekolah "senyap" untuk berusaha memeriahkan pdpc dengan unsur digital. Guru adalah guru, pedagogi tetap diutamakan, ICT hanya sebagai alat, tetapi tidak bermakna pendidik harus pandang sebelah mata di saat dunia luar mengejar arus perubahan.