Praktis 3
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pokok kekabu mula berbuah selepas empat tahun ditanam. Bunga kekabu berwarna putih kekuningan. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan berubah menjadi perang atau kehitam-hitaman apabila masak. Buah kekabu mengambil masa selama tiga bulan untuk masak.
Buah ini akan merekah dari pangkal ke hujungnya. Buah yang merekah akan terdedah pada tiupan angin. Angin akan menerbangkan dan membawa biji kekabu tersebar ke tempat lain. Begitulah caranya pokok kekabu membiak.
(a) Bunga kekabu berwarna _____________.
[1 markah]
(b) Berapa lamakah buah kekabu mengambil masa untuk masak? (KBAT)
[2 markah]
(c) Gariskan satu kata berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat yang diberikan.
Angin akan menerbangkan dan membawa biji kekabu tersebar ke tempat lain.
[1 markah]
(d) Pilih dan tandakan (✔) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Buah yang merekah akan terdedah pada tiupan angin.
Akan terdedah pada tiupan angin buah yang merekah. ( )
Tiupan angin akan merekahkan buah yang terdedah. ( )
[1 markah]
Praktis 4
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik seperti Tasik Kenyir, Pulau Redang, dan Taman Negara Mulu, Sarawak. Tempat-tempat yang indah ini dapat memberikan kedamaian kepada pelancong. Sebagai rakyat Malaysia, tidak perlu lagi kita pergi ke luar negara kerana negara kita mempunyai tempat-tempat yang menarik dengan pelbagai kemudahan yang selesa.
Melancong di dalam negara juga dapat mengelakkan pengeluaran mata wang. Secara tidak langsung industri pelancongan dapat membantu ekonomi negara.
(a) Tempat-tempat pelancongan seperti Tasik Kenyir, Pulau Redang, dan Taman Negara Mulu, Sarawak dapat memberikan _____________ kepada pelancong.
[1 markah]
(b) Mengapakah rakyat Malaysia tidak perlu lagi pergi ke luar negara? (KBAT)
[2 markah]
(c) Gariskan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat yang diberikan.
Melancong di dalam negara juga dapat mengelakkan pengeluaran mata wang.
[1 markah]
(d) Pilih dan tandakan (✔) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Secara tidak langsung industri pelancongan dapat membantu ekonomi negara.
Industri pelancongan secara tidak langsung telah membantu ekonomi negara.
Ekonomi negara dapat membantu industri pelancongan secara tidak langsung.
[1 markah]