Kelab Sains dan Teknologi
SK Seri Permai,
31200 Ipoh,
PERAK DARUL RIDZUAN.
__________________________________________________________________
Pengurusi,
Kelab Sains dan Teknologi,
SK Lembah Sirih,
31200 Ipoh,
PERAK DARUL RIDZUAN. 5 September 2024
Tuan,
Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi
Merujuk perkara di atas, pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Permai ingin menjemput Kelab Sains dan Teknologi sekolah tuan untuk menyertai pameran Hari Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami.
Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan sains dan teknologi serta memperkenalkan mereka kepada aplikasi praktikalnya dalam kehidupan dan perkembangan semasa.
Selain itu, ianya juga bagi menggalakkan pelajar menyertai aktiviti interaktif berkaitan sains dan teknologi untuk membangkitkan minat serta meningkatkan motivasi mereka dalam subjek-subjek ini.
Penganjuran Hari Sains dan Teknologi juga boleh mendedahkan pelajar kepada kemahiran berinovasi, membantu mereka mencipta idea baharu serta menyelesaikan masalah dengan kaedah kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi.
Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan perhatian tuan, kami dahulukan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(AMNA BINTI AZMAN)
Setiausaha,
Kelab Sains dan Teknologi,
SK Seri Permai.