Bahagian A
Tatabahasa
[ 10 markah ]
Arahan : Bahagian ini mempunyai 10 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat
bagi setiap soalan.
1. “ _________________ berjanji akan belajar dengan bersungguh-
sungguh,” kata murid-murid Kelas Tahun 6 Delima kepada Cikgu Rahman.
A Kalian B Kami
C Kita D Mereka
2. Humairah menunjuk ke arah se___________________ kedai yang menjual
pelbagai jenis cenderamata ketika bercuti di Pulau Langkawi.
A deret B ketul
C kawan D biji
3. Abang menggunakan wang tabungnya ________________ membeli
beberapa naskhah majalah akademik yang dijual di tapak pameran
buku itu
A agar B lalu
C untuk D supaya
4. Puan Choong menyapu losyen pada tangan dan akaki anak lelakinya
yang _________________ kerana terjatuh daripada basikal.
A calar-balar B compang-camping
C lintang-pukang D kusut-masai
5. “Fatin, sila _______________ data peribadi dan maklumat semua
pekerja di Syarikat ini,” kata Puan Farhani kepada pembantunya.
A ubah suai B susun atur
C campur aduk D kemas kini
6. Pilih ayat yang betul.
A Perpaduan dalam kalangan Masyarakat yang pelbagai kaum
dapat mengekalkan jika mereka saling menghormati.
B Anak-anak perlu digalakkan untuk menyimpan wang sejak
mereka masih kecil.
C Projek pertanian di kampung itu dapatan sambutan yang baik
daripada semua penduduk.
D Lawatan ke tempat bersejarah adalah antara langkah terbaik
untuk penyemaian semangat cinta akan negara.
7. Pilih ayat yang betul.
A Beberapa orang jiran Puan Suriani sedang menebang sebuah
pokok rambutan di hadapan rumahnya.
B Abang Samsul memasukkan ketiga-tiga bilah seluarnya ke
dalam sebuah bakul.
C Amri akan makan dua helai roti dan minum segelas susu sebelum
pergi ke sekolah pada setiap hari.
D Farhana menunjukkan sepuluh keping gambar yang diambilnya
ketika berkunjung ke rumah neneknya.
Soalan 8 hingga 10
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tan Sri Syed Mokhtar AL-Bukhary merupakan tokoh usahawan yang disegani di
negara ini. Beliau telah banyak berbakti kepada Masyarakat dan bangsa.
Walaupun sebagai bumiputera yang terkaya di Malaysia, beliau tidak pernah
lalai dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Semasa menjadi pengarah beras pada suatu masa dahulu, sebahagian
elaunnya yang berjumlah RM750 didermakan kepada jiran-jiran yang
kesempitan wang. Selebihnya disimpan oleh ibunya.
Tan Sri Syed Mokhtar AL-Bukhary dibesarkan dalam keluarga
berpendapatan sederhana. Pendidikan beliau cuma setakat tingkatan lima
Sahaja. Oleh sebab itu, beliau sering bekerja sambilan semasa belajar.
Tan Sri Syed Mokhtar AL-Bukhary memang tidak suka publisiti. Beliau lebih
berminat melakukan kerja-kerja kebajikan.
8. Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?
A Tokoh usahawan B Tokoh negarawan
C Tokoh sejarawan D Tokoh ilmuan
9. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dibesarkan dalam keluarga yang
kaya-raya.
B Beliau pernah berniaga menjual beras.
C Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary banyak melakukan kerja amal.
D Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary suka menonjolkan diri di khalyak
ramai.
10. Berikut ialah sifat keperibadian yang baik yang ditunjukkan oleh Tan Sri
Syed Mokhtar Al-Bukhary kecuali
A rajin
B baik hati
C sombong
D berilmu
BAHAGIAN A
1. B
2. A
3. C
4. A
5. D
6. B
7. D
8. A
9. C
10.C