Kesalahan bagi banting di atas ialah kesalahan dalam predikat
· Predikat yang salah di dalam banting ialah “jauhi diri anda dari asap rokok”
· Kesalahan yang berlaku ialah kesalahan frasa sendi nama di predikat
· Dari merupakan penggunaaan kata sendi nama yang menunjukkan tempat, arah atau waktu. (ATM)
· Manakala penggunaan kata sendi nama daripada pula ialah bagi menyatakan punca bagi manusia atau institusi , haiwan, benda dan unsur abstrak.
· Maka , dalam banting ini , ayatnya perlu ditukar kepada frasa sendi nama daripada supaya ia menerangkan tentang subjek dengan lebih tepat iaitu menjauhkan diri anda daripada asap rokok
Ayat yang betul: Jauhi diri anda daripada asap rokok
· Kesalahan yang terdapat dalam postingan di atas ialah kesalahan predikat dari segi frasa adjektif
· Kesalahannya ialah , Kak Long paling cantik sekali.
· Hal ini kerana , penggunaan paling dan sekali yang salah dan tidak bersesuaian dalam konteks ayat.
· Sekali itu telah menunjukan kata penguat bagi kata adjektif tersebut dan paling juga telah menunjukkan bahawa ia merupakan unsur penguat bagi kata adjektif tersebut
· Oleh itu, penggunaan paling dan sekali dalam ayat menjadikan wujud unsur lewah atau berlebih-lebihan dalam ayat tersebut
· Jadi, penulis perlu memilih satu sahaja sama ada sekali atau paling , sebagai contoh dalam ayat tersebut Kak Long paling cantik atau Kak Long cantik sekali.
· Penggunaan paling dan sekali ini perlu diasingkan untuk mengelakkan kesalahan predikat dalam ayat dan berlaku lewah dalam frasa adjektif .
Ayat yang betul:
Paling cantik
Cantik sekali