· Kesalahan yang ada dalam postingan di atas ialah kesalahan penerang dalam ayat
· Kesalahan penerang dalam ayat di atas ialah , ibu membeli jam untuk tangan adik.
· Kesalahan tersebut ialah kesalahan dari aspek penerang nama anggota badan iaitu jam untuk tangan adik.
· Penerang nama anggota badan ini menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti itu.
· Jadi , dalam ayat di atas frasa tangan merupakan penerang bagi inti jam dan ayat ini mampu berdiri sendiri tanpa memerlukan penggunaan kata untul di dalam ayatnya.
· Hal ini kerana penggunaan kata untuk ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat tunggal yang berbeza untuk membentuk ayat majmuk.
· Maka , penggunaan pelengkap yang betul ialah ibu membeli jam tangan untuk adik dengan menggugurkan untuk dan menjadikan penerang tersebut betul iaitu penerang nama anggota badan
· Contoh lain : gelang kaki, tali pinggang, sarung kaki
· Kesalahan yang terdapat dalam komen di atas ialah penerang nama dalam ayat
· Kesalahannya ialah Semua cerpen pun ada pengarang untuk cerpen yang hadir semasa majlis.
· Kesalahan penerang nama bagi inti + penerang nama penyambut.
· Penerang nama penyambut ini menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada inti.
· Oleh itu , dalam ayat di atas , cerpen merupakan penyambut kepada pelaku pada inti iaitu pengarang.
· Jadi , penerang yang betul dalam ayat ialah Semua cerpen pun ada pengarang cerpen yang hadir semasa majlis
· Inti tersebut hendaklah disambut dengan penyambut yang betul dan bukan disambut dengan kata yang lain seperti kata hubung atau kata lain-lain.
· Contoh : penyendal pintu, penjaga stor,pam air