Kesalahan: Bila dihari tuaku
Penerangan: Keterangan waktu berikut tidak tepat dalam penggunaan perkataan dihari.
Hal ini demikian kerana di yang terdapat dalam ayat tersebut merupakan imbuhan awalan.
Perkataan sesuai yang digantikan dengan di adalah pada.
Pada merujuk kepada penggunaan waktu dan masa.
Pembetulan: Bila pada hari tuaku.
Kesalahan: di pagi tadi
Frasa 'di pagi tadi' merupakan sebuah kesalahan kerana 'pagi tadi' termasuk dalam keterangan waktu.
Kata sendi nama 'di' hanya boleh digunakan untuk tempat dan bukanlah waktu.
Pembetulan: Rombongan pengantin itu tiba pada pagi tadi.