TAKAFUL
TAKAFUL
Tatacara Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) merupakan skim takaful pelindungan di bawah Takaful Malaysia bagi murid-murid di sekolah di seluruh Malaysia.
TPSM memberikan pelindungan kepada murid-murid 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dan ianya percuma kepada seluruh murid di Malaysia.
Jika berlaku kemalangan melibatkan murid-murid terbabit di mana-mana sahaja di seluruh dunia, mereka boleh membuat tuntutan menerusi TPSM dan akan memperoleh manfaat mengikut skop perlindungan yang telah ditetapkan.
Terdapat 5 skop pelindungan yang boleh dituntut oleh ibu bapa murid tersbut sekiranya berlaku kemalangan iaitu:
Kematian akibat kemalangan: RM5,500.00
Lumpuh berkekalan seluruh anggota akibat kemalangan: RM22,000.00
Terpisah atau hilang anggota kedua-dua tangan, kaki, atau mata: RM22,000.00
Terpisah atau hilang anggota salah satu tangan, kaki, atau mata: RM11,000.00
Khairat Kematian: RM1,500.00
Tuntutan Elaun Tunai Hospital bagi setiap hari yang dimasukkan ke hospital kerajaan/swasta tidak melebihi 60 hari berturut-turut: RM25.00 sehari
Elaun Kerusi Roda: RM1,000.00
Setiap tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan yang dialami oleh murid terbabit.
Tatacara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
Ibu bapa perlu membawa dokumen berkaitan kemalangan kepada pihak sekolah.
Pihak sekolah perlu memuat turun borang tuntutan di pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/bantuan-pembelajaran-1/skim-perlindungan-murid-1/skim-tpsm/3143-borang-tuntutan/file.
Pihak sekolah perlu mengisi borang tuntutan tersebut dengan lengkap dan betul.
Setelah siap, borang tuntutan, dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke mana-mana pejabat Cawangan Takaful Malaysia atau dihantar terus kepada:
Urusetia Tuntutan TPSM
Syarikat Takaful Malaysia Berhad,
Tingkat 19, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia,
No. 4 Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Dokumen berkaitan yang perlu dikemukakan bersama borang tuntutan adalah seperti berikut:
i) Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan
Laporan Polis (Kematian kemalangan sahaja).
Salinan Sijil Kematian/Permit menguburkan.
Salinan Sijil Kelahiran, Muka Hadapan Buku.
Bank/Penyata Bank & Kad Pengenalan Penerima.
Bayaran Tuntutan Takaful
ii) Tuntutan lumpuh berkekalan/terpisah atau hilang anggota
Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).
Laporan Polis.
Salinan Sijil Kelahiran.
Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.
iii) Khairat Kematian
Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).
Salinan Sijil Kematian/Permit Menguburkan.
Salinan Sijil Kelahiran.
Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.
iv) Tuntutan Elaun Tunai Hospital
Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).
Pengesahan Rawatan/Ward Chit/Discharge Note.
Salinan Sijil Kelahiran.
Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.
v) Elaun Kerusi Roda
Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).
Salinan bil asal pembelian Kerusi Roda
Salinan Sijil Kelahiran
Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urusetia Tuntutan TPSM di talian 03-22681984 atau talian bebas tol 1-800 387180.