Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Bantuan Khusus
Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 1979. Program ini bertujuan memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan kepada murid sekolah rendah terutamanya dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
Setiap murid yang menerima manfaat ini juga dibekalkan dengan sekotak susu sebagai diet tambahan.
Bekalan makanan bagi program RMT diberikan kepada penerima RMT pada setiap hari persekolahan dengan jumlah hari maksima sebanyak 190 hari setahun.
Menu RMT ditetapkan oleh KPM dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak sekolah boleh memilih menu RMT daripada 20 menu yang ditetapkan.
Mulai tahun 2022, pemberian susu dilakukan pada setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu sebelum ini.
Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM3.50 seorang murid/hari.
Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan adalah sebanyak RM4.00 seorang murid/hari.
Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
Pendapatan Isi Rumah (PIR) keluarga murid adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa dalam kategori miskin tegar; atau
Murid di Sekolah Orang Asli/Penan; atau
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Murid yang tingal di asrama tidak layak menerima RMT.
Peruntukan disalurkan ke sekolah melalui JPN/Bahagian
Surat Pekeliling Kewangan BT 19 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Di Sekolah Rendah