BANTUAN DAN KEBAJIKAN
BANTUAN DAN KEBAJIKAN
BANTUAN DAN KEBAJIKAN
Jawatankuasa Kebajikan & Bantuan bertanggungjawab untuk memantau perancangan dan pelaksanaan program bantuan murid, mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan, serta menguruskan sumbangan derma untuk membantu murid-murid yang kurang bernasib baik.
Membuat perangkaan sewajarnya bagi menangani masalah kebajikan murid dari semasa ke semasa.
Mengurangkan perasaan rendah diri pada murid.
Memastikan semua murid yang kurang bernasib baik mendapat berbagai kemudahan/bantuan.
Menanamkan semangat berjimat cermat dan menyumbang di kalangan murid.
PERANAN DAN TANGGUNJAWAB
(D1)TUGAS UMUM JAWATANKUASA
1. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan.
2. Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan kebajikan.
3. Menyediakan borang permohonan, mengumpul dan membuat keputusan melalui mesyuarat.
4. Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lain-lain.
5. Mengurus agihan derma dan bantuan dalam/luar dari semasa ke semasa.
6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
(D2) BANTUAN KEWANGAN
1. Memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan berbentuk kewangan.
2. Menyediakan minit mesyuarat yang lengkap mengandungi maklumat bagi tujuan audit dan pemantauan seperti berikut:
a. Senarai nama murid yang membuat permohonan.
b. Senarai nama murid yang diperakukan oleh jawatankuasa.
c. Senarai nama murid yang tidak diperakukan bersama justifikasi penolakan.
3. Menentukan bayaran bantuan kewangan sama ada dimasukkan ke akaun murid, wang tunai, cek atau pemberian dalam bentuk barangan.
4. Memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas.
5. Melaporkan kepada Bahagian Kewangan, KPM sekiranya terdapat keraguan pada senarai penerima data sedia ada (DSA) dan status miskin/miskin tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH dan Data
Murid Orang Asal (DMOA).
(D3) BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS)
1. Menerima peruntukan BPS dan mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur Bantuan Persekolahan Lain (BPL) dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK).
2. Menyelenggarakan Akaun Subsidiari BPS.
3. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan BPS secara berkala kepada JPN.
(D4) SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA
(TPSM) untuk memberikan kemudahan kepada murid sekolah di seluruh Malaysia menuntut takaful perlindungan sekiranya berlaku kemalangan di luar jangkaan.
AKTIVITI