Kami amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah kami pelajari. Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Bab 6 iaitu Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia, kami rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai cabaran yang telah negara kita atasi selepas pembentukan Malaysia. Ketika kerja kursus ini dijalankan , banyak pengajaran dan nilai yang kami telah pelajari. Selain itu, kami juga telah mempelajari tentang faktor-faktor pemisahan Singapura. Kami rasa sangat kagum kerana kerajaan telah mengambil langkah untuk mengeluarkan Singapura dari Malaysia bagi menjaga kepentingan kedua-dua negara dan kemakmuran rakyat. Selepas menjalankan kerja kursus ini, kami juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Memetik wasitah nirmala yang seterusnya, kami juga dapat menghayati nilai patriotisme, cinta akan negara dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Akhir sekali, nilai kerjasama yang dapat dipupuk semasa melakukan kerja kursus ini telah membolehkan kami berganding bahu untuk mencari maklumat dan menyelesaikan kerja kursus ini.