Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 merupakan peristiwa yang amat bermakna bagi rakyat di negara ini. Ia merupakan hari dimana penggabungan antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk negara Malaysia. Walau bagaimanapun, negara kita telah menghadapi pelbagai cabaran selepas pembentukan Malaysia ini. Apakah faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia dan bincangkan punca rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengukuhkan perpaduan di negara kita.
Objektif kajian ini adalah untuk:
Menerangkan 3 faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia.
Mengkaji 3 punca yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1696.
Mencadangkan 3 langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kaedah kajian yang telah dijalankan bagi membantu kami maklumat terperinci adalah seperti berikut:
Lisan
Bimbingan dari guru
Kami telah diberikan bimbingan sepanjang menjalankan kajian ini daripada guru Sejarah kami, iaitu Cik Nursuhadah binti Mohamad Ramdzan. Tanpa beliau kami tidak akan dapat menyelesaikan kajian kes kami sehingga kini.
Temubual orang sumber
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan tidak menghalang kami untuk terus menjalankan temubual bagi mendapatkan maklumat tambahan. Dengan adanya kemudahan teknologi kini, kami telah menjalankan temubual secara di atas talian menerusi google form. Antaranya adalah bersama Pn Norliza binti Mohd Daud.
Bertulis
Kaedah analisis dokumen
Kami telah merujuk beberapa dokumen antaranya, buku sejarah tingkatan 5 kssm bagi memastikan fakta yang digunakan di dalam kajian ini adalah tepat dan dapat mengelakkan sebarang keraguan berlaku sepanjang penulisan laporan kajian ini berlaku.
Internet
Selaras dengan kemajuan teknologi maklumat kini, internet merupakan satu pusat yang mudah bagi kami untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang berguna. Kami telah melayari beberapa laman sesawang seperti contoh https://www.youtube.com/watch?v=y3aU_1cljmI untuk mendapatkan rujukan tambahan.
Penyelidikan
Oleh kerana keadaan semasa yang mengehadkan pergerakan kami, kami telah mencari sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar dan sebagainya bagi menguatkan fakta kami secara atas talian sahaja. Seterusnya kami menjalankan penyelidikan terhadap bahan yang diperoleh itu.