Atan Long (1978) menyatakan proses membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemahnya kepada bunyi suara kemudian memahami maknanya atau tanggapan yang ingin disampaikan di dalam penulisan tersebut. Membaca merupakan proses komunikasi yang memerlukan kemahiran seseorang mengubah tulisan menjadi makna. Kefahaman bacaan adalah satu proses kognitif yang kompleks dan memerlukan urutan pemikiran yang logik dan memerlukan latihan untuk menyerapnya ke dalam minda. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran belajar yang paling penting terutamanya di peringkat pengajian tinggi. Kursus-kursus akademik dan juga teknikal memerlukan pelajar membuat pembacaan yang banyak. Setiap orang membaca dengan kaedah yang berbeza dan memerlukan usaha yang lebih bagi memahami apa yang dibaca. Oleh itu terdapat 3 kaedah membaca yang boleh diamalkan iaitu:
Ia merupakan teknik untuk meningkatkan kadar kelajuan membaca oleh seseorang. Teknik ini juga merupakan proses mengenal pasti dan menyerap frasa atau ayat sekaligus tidak berfokus kepada setiap perkataan yang dibaca. Keupayaan membaca dengan cepat adalah penting terutamanya bagi individu yang perlu membaca sejumlah besar teks setiap hari seperti pelajar, editor, pembaca tegar dan lain-lain. Perkara ini membolehkan pembaca memahami perkara yang dibaca dengan lebih cepat dan membantu mengurangkan masa untuk membaca dan memahami teks. Pembacaan cepat juga akan dapat membantu dari aspek tumpuan dan meningkatkan daya ingatan serta menyemai keyakinan lalu menambah pengetahuan baharu. Terdapat 2 teknik pembacaan cepat iaitu teknik luncuran (Skimming) dan teknik imbasan (Scanning).
Ia merupakan teknik membaca dengan kadar kelajuan yang rendah. Kaedah ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dengan tepat dan sesuai. Sebagai amalan untuk mencapai keseimbangan, bacaan perlahan bukan hanya melibatkan bahan kompleks yang dibaca perlahan-lahan untuk mendapatkan kefahaman tetapi juga melibatkan bacaan bahan ringan pada kadar yang santai untuk keseronokan. Pembacaan perlahan akan membolehkan tumpuan dikekalkan untuk mendapatkan kefahaman terperinci tentang bahan yang dibaca. Di dalam pembacaan perlahan, terdapat 2 pendekatan yang dapat diaplikasikan.
Digunakan apabila pembaca ingin memahami terminologi, arahan/mengingat apa yang dibaca. Pendekatan ini akan menjadikan pembaca lebih aktif kerana semasa membaca, pembaca akan membentuk soalan dan mencari jawapan.
Digunakan apabila pembaca ingin menilai bahan bacaan dan menilai niat penulis. Pembacaan secara kritis akan melibatkan penilaian terhadap hujah yang dikemukan oleh penulis dan seterusnya akan memberikan jawapan kepada persoalan yang telah dibina.
Pembaca haruslah mahir dalam mempelbagaikan kaedah dan kadar kelajuan pembacaan bagi menyesuaikan dengan bahan bacaan dan tujuan pembacaan. Salah satu teknik membaca yang menunjukkan pembacaan menyeluruh iaitu meliputi pembacaan terperinci, analitikal dan kritis ialah teknik SQ3R. SQ3R ini merupakan pendekatan yang aktif dan sistematik yang akan membantu pembaca mengaitkan maklumat baharu dengan perkara yang telah diketahui. Maksud teknik SQ3R ini ialah S-SURVEY, Q-QUESTION, 3R-READ, RECITE & REVIEW.
Mengambil nota secara aktif di dalam kuliah boleh membantu pelajar untuk fokus dan memahami konsep-konsep penting dengan lebih baik. Nota yang ringkas dan padat boleh menjimatkan masa, tenaga dan mengurangkan kekeliruan yang disebabkan oleh nota yang tidak teratur. Mencatat nota akan menjadi lebih berkesan daripada penghafalan buku teks kerana dengan mencatat nota maklumat akan mudah difahami dan diingati. Sekiranya maklumat berkaitan dengan konseptual, pelajar perlu fokus kepada isi utama berbanding mencatat atau menyalin semua yang diterangkan. Sekiranya maklumat yang berkaitan fakta pula, menyalin kebanyakan maklumat yang disampaikan hendaklah dipelajari dalam masa 24 jam. Terdapat pelbagai struktur dan gaya yang boleh digunakan mengikut kesesuaiandan keperluan individu. Oleh itu, terdapat 5 kaedah yang berkesan yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mengambil nota iaitu: