PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah seterusnya membuat refleksi terhadap proses yang dialami. Manakala berfikir pul merupakan asas untuk semua aktiviti atau proses kognitif untuk manusia. Proses ini melibatkan manipulasi dan analisis maklumat yang diterima dari persekitaran. Ianya terjadi secara abstrak, membayangkan, menyelesaikan masalah, menilai dan membuat keputusan.Â