Pengurusan grafik digunakan untuk menjelmakan perkara yang difikirkan oleh minda dalam bentuk visual. Pengurusaan grafik ini menggambarkan corak penyusunan maklumat yang berstruktur. Fungsi utamanya adalah untuk membantu menyampaikan maklumat dengan cara ringkas dan jelas dengan menonjolkan organisasi dan hubungan konsep. Terdapat pelbagai jenis pengurusan grafik termasuklah peta konsep, peta minda, peta i-Think, carta radar dan lain-lain lagi.
Teknik ini menyediakan kunci umum bagi membuka potensi otak untuk memanfaatkan rangkaian kemahiran seperti perkataan, imej, nombor, logik, irama, warna dan kesedaran spatial dengan cara yang unik. Peta minda menjad alat komunikasi dan kreativiti yang sangat berkuasa. Melalui peta minda, individu bebas untuk meneroka dan menjelajah pemikiran mereka. Ia juga boleh digunakan dalam setiap aspek kehidupankerana ia mampu meningkatkan prestasi kehidupan manusia.
i-Think bermaksud innovative thinking (pemikiran inovatif) yang bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah melahirkan murid yang kreatif, kritis dan inovatif. Berdasarkan kajian kecerdasan, peta pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik.
Carta radar juga dikenali sebagai carta labah-labah dan ia sering digunakan ketika individu ingin memaparkan data merenats beberapa faktor/dimensi yang unik. Kebiasaannya, carta ini bersifat kuantitatif kerana ia memerlukan perbandingan. Carta radar merupakan pilihan yang baik apabila digunakan untuk membandingkan pelbagai dimensi dengan cepat dan ringkas. Berdasarkan carta radar, visual yang ditunjukkan akan menggambarkan beberapa dimensi atau pemboleh ubah yang berhubung kait antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, carta ini juga merupakan satu pengurusan grafik yang boleh digunakan untuk sumbang saran idea, aspek dan pemikiran untuk satu tema atau topik.