SISTEM PENGECAMAN WAJAH (FACE RECOGNITION)
Sistem pengecaman wajah ialah aplikasi komputer yang dibangunkan untuk mengenal pasti atau mengesahkan identiti kakitangan MBPJ melalui imbasan di camera atau video. Salah satu caranya adalah dengan membandingkan ciri-ciri wajah dipilih dari gambar dan sistem pengurusan pangkalan wajah.
SITUASI SEMASA
Pengecaman boleh dilakukan apabila Kakitangan MBPJ bersama tanggungan membawa Mykad atau Kad Pekerja MBPJ kepada Panel petugas untuk diperiksa.
Panel petugas akan membuat carian No Kad Pengenalan di Sistem ePanel untuk mengesahkan Kakitangan tersebut adalah daripada MBPJ.
SITUASI YANG DITAMBAHBAIK
MBPJ menyediakan ePanel Face Recognition based Attendance System (ePanel FRS) untuk memudahkan pengecaman wajah serta merekodkan kehadiran secara real-time di Klinik Panel yang berdaftar.
Pengecaman boleh dilakukan apabila Kakitangan MBPJ bersama tanggungan mengimbas wajah mereka melalui sistem ePanel FRS di Kaunter Klinik Panel setiap kali berurusan.
Panel petugas akan terus mengesahkan Kakitangan tersebut adalah daripada MBPJ.
ePanel Face Recognition based Attendance System (ePanel FRS) dibangunkan untuk memudahkan pengecaman wajah serta merekodkan kehadiran secara real-time di Klinik Panel yang berdaftar.
Kakitangan hanya perlu mengimbas wajah mereka melalui sistem ePanel FRS di Kaunter Klinik Panel setiap kali berurusan.
Pengecaman Wajah melalui OpenCV menggunakan Haar-cascade
Kehadiran kakitangan MBPJ direkodkan secara automatik dalam sistem ePanel FRS dan Klinik Panel boleh menyimpan bukti kehadiran tersebut bagi tujuan tuntutan bayaran kepada Pihak MBPJ.