Sistem ePanel Klinik merupakan sebuah aplikasi berasaskan web yang dibangunkan untuk memudahkan kakitangan MBPJ menyemak baki rawatan Panel Klinik dan menggantikan buku rawatan
1. Google/Cari laman web MBPJ di Internet melalui komputer anda.
2. Klik pada pautan (untuk Staf MBPJ) :- https://epanel.mbpj.gov.my/eklinikMBPJ/
3. Klik pada pautan (untuk Panel MBPJ) :- https://epanel.mbpj.gov.my
4. Bagi Pengguna telefon Android muat turun sini:- https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mobileappsltd.epanelMBPJ
5. Login sebagai pengguna
6. Pilih fungsi-fungsi yang anda perlukan.
Modul Panel Klinik,
Modul Kakitangan,
Modul Admin Sumber Manusia dan
Modul Admin Klinik.
Pengguna-pengguna ePanel Klinik adalah :
1. Panel Klinik termasuklah Panel Am, Pergigian dan Cermin Mata
2. Warga kerja MBPJ bertaraf Tetap dan Kontrak ( Ahli Majlis, Pegawai dan Kakitangan Majlis)
3. Tangungan (seperti perkara 2)
4. Urusetia Bahagian Sumber Manusia
5. Urusetia Bahagian Klinik MBPJ
6. Pentadbir Sistem IT
Kakitangan MBPJ hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat peribadi melalui Sistem Pengurusan Personel (SPP) setiap tahun dan perlu merujuk Bahagian Sumber Manusia untuk memastikan maklumat tanggungan adalah terkini.
Peruntukan yang telah ditetapkan oleh Majlis seperti berikut:
1. Pasangan Suami Isteri yang berkhidmat di MBPJ - RM3,500.00/ tahun
2. Kakitangan Bujang - RM2,000.00/ tahun
3. Suami atau isteri sahaja yang berkhidmat di MBPJ - RM2,000.00/ tahun
Kakitangan boleh membawa Kad Pekerja MBPJ atau membuka terus sistem ePanel serta menunjukkan Skrin Profail Maklumat Peribadi kepada Panel petugas. Panel juga boleh membuat carian IC di Sistem ePanel untuk mengesahkan Kakitangan tersebut adalah daripada MBPJ.
Sekiranya nama tanggungan tiada dalam sistem , maka Klinik panel berhak untuk menolak rawatan tersebut. Sekiranya kakitangan ingin juga meneruskan rawatan, kakitangan perlu menanggung dan membayar sendiri kos rawatan.
MBPJ telah menyediakan borang Offline/Google Form kepada klinik panel untuk merekod secara sementara sepanjang tempoh downtime tersebut. Tarikh dan masa perlu direkodkan untuk tujuan semakan MBPJ. Pihak Panel perlu mengambil tindakan serta merta untuk key-in semula data rawatan selepas sistem kembali pulih.
Pautan Borang Offline adalah seperti berikut:-
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSey8KYAOJNXt_iDwDEUsNJvPpWIGX2iZDALJOi5EkoT3YfEnQ/viewform
Peruntukan bagi suami isteri yang bekerja di MBPJ adalah sebanyak RM3,500.
Peruntukan bagi suami yang mempunyai 2 isteri yang bekerja di MBPJ adalah sebanyak RM4,500 (tertakluk kepada pekeliling Majlis)
Perkiraan bagi peruntukan untuk kakitangan ini adalah mengikut kaedah yang sama seperti penggunaan buku rawatan. Pemberian RM 2,000 akan diberikan untuk tempoh 12 bulan. Maka bagi kakitangan yang masuk bulan Mac 2021, perkiraan adalah seperti berikut:- RM 2,000/ 12 bulan X 10 bulan sahaja.
Senarai Klinik boleh diperolehi melalui capaian berikut: https://epanel.mbpj.gov.my/eklinikMBPJ/senaraipanelam.php
Sekiranya ingin mengetahui lokasi klinik panel berhampiran dengan anda:-
www.google.com/maps/d/viewer?mid=1Q4-BgGleJ3DSRq9Lq8CaEkUjOJBQ7x-S&hl=en&usp=sharing
Bagi modul rawatan Panel klinik, sila berhubung dengan Bahagian Klinik MBPJ jika terlupa kata laluan. Untuk kakitangan MBPJ, sila berhubung dengan Unit Teknologi Maklumat dengan membuat aduan melalui :-
Sistem Helpdesk : - https://helpdesk.mbpj.gov.my
Untuk Ahli Majlis, sila maklumkan terus kepada Bahagian Urusetia atau Unit Teknologi Maklumat untuk tujuan reset. No.Kad Pengenalan dan no.telefon diperlukan.
(Unit Teknologi Maklumat, 03-79563544 samb. 227/588) - En Mat Nizam / Pn. Azimah
(Bahagian Klinik MBPJ, 03-79565017) - Puan Shamzi / Pn. Nor Hazilawati
(Bahagian Sumber Manusia, 03-79541104 samb. 138/26) - Pn. Juliana / Zatuliradah