PEOPLE
Seramai 1,919 orang pegawai dan kakitangan MBPJ telah menikmati akses kemudahan perubatan secara real-time tanpa perlu membawa buku rawatan. Data boleh dilihat melalui paparan dashboard yang dibangunkan. Pihak pengurusan boleh mengesan kekerapan dan pengambilan cuti sakit (MC) kakitangan, melihat jumlah perbelanjaan tahun semasa dan statistik rawatan mengikut kategori Panel Am, pergigian dan Cermin mata. Dalam hal ini, klinik yang tidak disambung untuk memberi perkhidmatan sebagai panel klinik MBPJ adalah tidak dibenarkan untuk mengakses masuk ke Sistem e-Klinik Panel Majlis.