INFO PORTAL
INFO PORTAL
Pendidikan Islam ditawarkan untuk melahirkan warganegara yang faham konsep Islam sebagai sistem hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai cabaran. Perbincangan berasaskan kepada konsep-konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam dan cabaran semasa.
OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
HPK 1: melaksanakan dengan yakin amalan Islam dalam kehidupan seharian.
HPK 2: menerangkan etika dan profesionalisme berkaitan Syariah dan Institusi Islam dalam membentuk pembangunan ummah.
HPK 3: menghubungkait minda ingin tahu dengan Islam dan cabaran semasa di Malaysia.
OBJEKTIF PEMBANGUNAN PORTAL
Portal ini dibina bertujuan untuk:
Memudahcara proses pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk Subjek Pendidikan Islam bagi pelajar di Kolej Komuniti Malaysia.
Mengimplementasi pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang berunsurkan digital terutama kepada kursus berbentuk teori.
Menjimatkan kos penyediaan bahan pembelajaran seperti amalan kebiasaan yang dilakukan dalam kaedah konvensional.
Memudahcapaian bahan pembelajaran digital kerana mudah diakses, mudah dikemas kini dan dapat membantu pelajar belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Menambahkan produktiviti pensyarah dalam menghasilkan idea pembelajaran yang lebih inovatif dan interaktif.