Himpunan tafsir yang dikarang oleh ulama' tersohor.
Himpunan tafsir yang dikarang oleh ulama' tersohor.
Tafsir Al Munir adalah hasil karya tafsir terbaik yang pernah dimiliki umat Islam di era moden ini. Buku ini sangat laris di timur tengah dan negara-negara di Jazirah Arab. Karya ini hadir sebagai rujukan utama di setiap kajian tafsir di setiap majlis ilmu secara timbangan dan kualiti jelas memenuhi hal tersebut.
Dalam karya Prof. Dr. Wahbah Zuhaili ini anda akan mendapatkan pembahasan-pembahasan penting dalam mengkaji al-Qur’an iaitu metode penyusunan tafsir berdasar pada metode tafsir bil ma’tsur (riwayat) dan tafsir bir ra’yi (logik). Ada penjelasan kandungan ayat secara terperinci dan menyeluruh. Di jelaskan sebab turunnya ayat Al-Qur’an, dll.
Tafsir ini berpedoman pada kitab-kitab induk tafsir dengan berbagai manhajnya tafsir ini menghapuskan riwayat-riwayat israiliyat. Sebuah literatur tafsir Al-Quran yang harus anda miliki kerana sangat lengkap dan bagus.
Kitab diatas hanya membicarakan berkaitan juzuk 29 dan 30 sahaja. Boleh dapatkan di kedai buku jika anda ingin memiliki kesemua 15 jilid kitab ini dari juzuk 1 hingga 30.