PENGENALAN ILMU TAJWID ALQUR'AN
PENGENALAN ILMU TAJWID ALQUR'AN
Makna Tajwid: MEMPERELOK sesuatu. Dari sudut istilah, Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat mendatangnya.
Hukum Belajar Tajwid: FARDHU KIFAYAH namun mengamalkannya semasa membaca adalah FARDHU 'AIN.
Dalil Belajar Tajwid: Membaca Al-Qur'an dengan tartil iaitu lambat dan tenang serta melafazkan dengan sifat dan makhraj yang betul dan memahami maknanya. Dalil berikut:-
وَرَتِّلِ ٱلْقُرْءَانَ تَرْتِيلًا
"Dan bacalah Al'Qur'an itu secara tartil" (Al-Muzammil:4)
Kelebihan Belajar Tajwid: Semulia-mulia ilmu berdasarkan dalil berikut:-
وعن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "خيركم من تعلم القرآن وعلمه"
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya". (Riwayat Bukhari)