Program Fesyen & Pakaian membuka pelbagai peluang kerjaya dalam industri fesyen, tekstil dan keusahawanan. Dengan kemahiran dalam rekaan, jahitan dan pengurusan pakaian, graduan program ini bersedia untuk menceburi bidang profesional atau memulakan perniagaan sendiri.
Pelajar yang menamatkan pengajian berpotensi untuk bekerja dalam pelbagai sektor seperti peruncitan fesyen, pengeluaran pakaian, pereka bebas, serta industri kreatif. Selain itu, pendedahan kepada asas keusahawanan dalam program ini turut memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjadi tekno-usahawan dalam dunia fesyen yang semakin berkembang.