Program Fesyen & Pakaian ini merangkumi bidang utama dalam pengeluaran fesyen seperti reka bentuk, ilustrasi, dan pembinaan pakaian. Pelajar akan didedahkan kepada kemahiran menjahit, pemilihan bahan, serta teknik warna dan tekstur melalui sesi praktikal di studio dan bengkel lengkap. Selain kemahiran teknikal, program ini turut menekankan pembangunan sahsiah dan keusahawanan untuk melahirkan graduan yang holistik dan bersedia menjadi tekno-usahawan dalam industri fesyen.
Menerangkan dan mengaplikasi pengetahuan yang relevan serta menunjukkan kemahiran asas teknikal dalam bidang fesyen dan pakaian
Melibatkan diri untuk memimpin, berinteraksi dan berkomunikasi bersama rakan dan pihak berkepentingan dengan mematuhi amalan etika ke arah Matlamat Pembunganan Lestari (SDG)
Mengenalpasti dan menerangkan tentang teknologi digital yang relevan dan teknik numerasi terkait yang boleh diaplikasi kepada bidang Fesyen dan Pakaian
Menyedari tentang keperluan pembelajaran sepanjang hayat dan keusahawanan untuk pembangunan kerjaya
1 Tahun 6 Bulan (18 bulan):
3 semester pengajian di kolej
1 semester latihan industri
Warganegara Malaysia
Berumur 17 tahun ke atas
Lulus SPM / setaraf
Berminat dalam bidang fesyen dan jahitan