Selamat datang ke Galeri Program Fesyen & Pakaian Kolej Komuniti Pasir Gudang. Di sini, kami kongsikan hasil kreatif dan pencapaian para pelajar sepanjang pengajian mereka.
Daripada lakaran awal hingga ke pentas pertunjukan fesyen, galeri ini memaparkan komitmen, bakat dan kemahiran yang diasah melalui pembelajaran teori dan amali. Setiap gambar adalah bukti dedikasi pelajar dalam menghasilkan rekaan pakaian yang unik, berkualiti dan relevan dengan industri.
Nikmati sorotan aktiviti, projek komuniti, hasil rekaan pelajar serta detik-detik istimewa sepanjang program berlangsung. Kami bangga mempersembahkan perjalanan kreatif warga Program Fesyen & Pakaian kepada anda.