23 Oktober 2025
Bersempena dengan sambutan Hari Kartografi dan GIS 2020, majlis penyampaian hadiah kepada kelima-lima pemenang NBPMC 2025 telah diadakan pada 23 Oktober 2025 bertempat di Dewan Prima, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
Penyampaaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Lsr Dato' Lsr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang!
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang pertandingan NBPMC 2025:
TEMPAT PERTAMA :
Nurlindi binti Abdullah
Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent Segamat
Tajuk Lukisan : Maps in Everyday Life
TEMPAT KEDUA :
Nur Ayra Nisa binti Ahmad Nizam
Sekolah Seni Malaysia Johor
Tajuk Lukisan : My Imaginary vs Reality of My Life
TEMPAT KETIGA :
Shennie Wong Pui Chi
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Pudu
Tajuk Lukisan : "A Universe of Moments: My Everyday Ride"
TEMPAT KEEMPAT :
Ariana binti Azari
Sekolah Seni Malaysia Johor
Tajuk Lukisan : A Map of My Day
TEMPAT KELIMA :
Ata bin Abd Aziz
Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur
Tajuk Lukisan : The Fun of World Food Deliciousness
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah menyertai pertandingan ini. #nbpmc2025
Tarikh Kemaskini : 28 Mei 2025
SESI PENJURIAN PERTANDINGAN MELUKIS PETA BARBARA PETCHENIK PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025 (NATIONAL BARBARA PETCHENIK CHILDREN'S MAP COMPETITION) | 13 DAN 14 MEI 2025
Tarikh penghantaran lukisan dilanjutkan sehingga 9 Mei 2025.
Sila imbas kod QR di sebelah untuk borang penyertaan.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan ahli kepada International Cartographic Association (ICA) iaitu satu pertubuhan antarabangsa yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan dan displin kartografi di peringkat antarabangsa.
Pada tahun ini, ICA akan menganjurkan acara dwitahunan International Cartographic Conference (ICC) 2023 pada 16 - 22 Ogos , bertempat di Vancouver, Kanada.
Sempena sambutan tersebut, ICA telah menjemput JUPEM untuk menyertai Pertandingan Melukis Peta atau lebih dikenali dengan Barbara Petchenik Children's Map Competition.
Pihak JUPEM sebagai national coordinator dengan kerjasama penuh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Lembaga Jurukur Tanah (LJT) akan menganjurkan Pertandingan Melukis Peta atau lebih dikenali dengan Barbara Petchenik Children's Map Competition. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dibawah KPM bagi kategori umur 13 hingga 15 tahun.
Pertandingan ini bertujuan untuk menonjolkan bakat, idea dan kefahaman pelajar-pelajar dalam mempersembahkan dunia dalam bentuk grafik secara kreatif, meningkatkan ilmu pembuatan peta (kartografi) dan menjadikan mereka lebih peka terhadap persekitaran.
Tiga lukisan terbaik peringkat kebangsaan akan dipilih melalui satu penilaian oleh juri-juri pakar dalam bidang seni dan kartografi.
Lukisan pemenang akan dihantar mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk dipamerkan semasa sesi 32nd International Cartographic Conference (ICC) yang akan berlangsung di Vancouver, Kanada
Tema
Tema pertandingan lukisan bagi tahun ini adalah 'Maps in Everyday Life'
Pelajar hendaklah menyediakan lukisan yang menggambarkan tema tersebut.
Lukisan hendaklah mempunyai imej sebahagian atau keseluruhan peta dunia "recognizable image of all or a portion of the world in which the shapes and relative locations of land masses and oceans are as correct as can reasonably".
Syarat Penyertaan dan Penghantaran Lukisan
Terbuka kepada semua pelajar di bawah KPM bagi had umur 13 hingga 15 tahun pada sesi persekolahan 2025.
Lukisan mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak ICA. Sila rujuk : Syarat Penyertaan
Lukisan mestilah dihantar melalui borang penyertaan yang telah lengkap. Sila rujuk : Borang Penyertaan
Lukisan asal mestilah disimpan oleh pelajar bagi kegunaan urusetia.
Hadiah Pemenang
Hadiah menarik menanti lima (5) pemenang utama!