Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan ahli kepada International Cartographic Association (ICA) iaitu satu pertubuhan antarabangsa yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan dan displin kartografi di peringkat antarabangsa.
Setipa dua tahun, pihak ICA akan menganjurkan acara dwitahunan International Cartographic Conference (ICC) yang merangkumi pelbagai aktiviti berkaitan kartografi dan geospatial.
Sempena sambutan tersebut, ICA telah menjemput JUPEM untuk menyertai Pertandingan Melukis Peta atau lebih dikenali dengan National Barbara Petchenik Children's Map Competition.
Pihak JUPEM sebagai national coordinator dengan kerjasama penuh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Lembaga Jurukur Tanah (LJT) akan menganjurkan Pertandingan Melukis Peta atau lebih dikenali dengan Barbara Petchenik Children's Map Competition. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dibawah KPM bagi kategori umur 13 hingga 15 tahun.
Pertandingan ini bertujuan untuk menonjolkan bakat, idea dan kefahaman pelajar-pelajar dalam mempersembahkan dunia dalam bentuk grafik secara kreatif, meningkatkan ilmu pembuatan peta (kartografi) dan menjadikan mereka lebih peka terhadap persekitaran.
Tiga lukisan terbaik peringkat kebangsaan akan dipilih melalui satu penilaian oleh juri-juri pakar dalam bidang seni dan kartografi.
Lukisan pemenang akan dihantar mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk dipamerkan semasa sesi International Cartographic Conference (ICC) .
[ Lukisan Pelajar Malaysia, Tan Iro yang memenangi Creativity Award pada ICC 2023, di Cape Town, Afrika Selatan ]