Tahniah diucapkan kepada wakil Malaysia, Tan Iro kerana lukisan beliau telah memenangi 'Creativity Award' Barbara Petchenik Children’s World Map Drawing Competition yang telah berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan pada 13-18 Ogos 2023.
KEPUTUSAN PEMENANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 :
Penilaian Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 22 Mei 2023, bertempat di Galeri Aswara, Kuala Lumpur
TEMPAT PERTAMA
Nama Pelajar : Tan Iro (13)
Nama Sekolah : Sekolah Seni Malaysia, Johor
Tajuk Lukisan : Multiverse
TEMPAT KEDUA
Nama Pelajar : Nur Niesya Imana Binti Madzley (15)
Sekolah : SM St Dominic, Sabah
Tajuk Lukisan : Tired World
TEMPAT KETIGA
Nama Pelajar : Khairul Imam Bin Rustam (15)
Nama Sekolah : Victoria Institution, Kuala Lumpur
Tajuk Lukisan : Hidden Beauty Southeast Asia
TEMPAT KEEMPAT
Nama Pelajar : Nawwar Rayhanna binti Rosmaidi
Nama Sekolah : SMK Agama Putrajaya
TEMPAT KELIMA
Nama Pelajar : Amery@Amri bin Yusof (13)
Nama Sekolah : SMK Hamzah, Kelantan
Tajuk Lukisan : Hidden Beauty Southeast Asia
Gambar sekitar penilaian lukisan peringkat kebangsaan yang telah berlangsung pada 22 Mei 2023, bertempat di Galeri Aswara, Kuala Lumpur
Penilaian telah dilaksanakan oleh pakar-pakar dalam bidang seni yang terdiri daripada pensyarah universiti dan wakil Malaysian Institute of Art.
Tiga lukisan terbaik telah dihantar kepada sekretariat ICA di Netherland bagi tujuan pertandingan peringkat antarabangsa yang akan diadakan pada bulan Ogos semasa Seminar Kartografi Antarabangsa yang akan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan ahli kepada International Cartographic Association (ICA) iaitu satu pertubuhan antarabangsa yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan dan displin kartografi di peringkat antarabangsa.
Pada tahun ini, ICA akan menganjurkan acara dwitahunan International Cartographic Conference (ICC) 2023 pada 13-18 Ogos , bertempat di Cape Town, Afrika Selatan.
Sempena sambutan tersebut, ICA telah menjemput JUPEM untuk menyertai Pertandingan Melukis Peta atau lebih dikenali dengan Barbara Petchenik Children's Map Competition.
Pihak JUPEM sebagai national coordinator dengan kerjasama penuh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Lembaga Jurukur Tanah (LJT) akan menganjurkan Pertandingan Melukis Peta atau lebih dikenali dengan Barbara Petchenik Children's Map Competition. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dibawah KPM bagi kategori umur 13 hingga 15 tahun.
Pertandingan ini bertujuan untuk menonjolkan bakat, idea dan kefahaman pelajar-pelajar dalam mempersembahkan dunia dalam bentuk grafik secara kreatif, meningkatkan ilmu pembuatan peta (kartografi) dan menjadikan mereka lebih peka terhadap persekitaran.
Tiga lukisan terbaik peringkat kebangsaan akan dipilih melalui satu penilaian oleh juri-juri pakar dalam bidang seni dan kartografi.
Lukisan pemenang akan dihantar mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk dipamerkan semasa sesi 31th International Cartographic Conference (ICC) yang akan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan.
TEMA
Tema pertandingan lukisan bagi tahun ini adalah 'A Map of My Future World'
Pelajar hendaklah menyediakan lukisan yang menggambarkan tema tersebut.