PENGENALAN
PENGENALAN
Bahagian Psikologi dan Kaunseling diwujudkan hasil penggubalan dan penguatkuasaan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan dan pelaksanaan akta tersebut sebagai mekanisme untuk mengawal dan membangunkan tahap profesionalisme kaunselor dan agensi kaunseling di negara ini. Bahagian ini juga bertanggungjawab menjalankan pemantauan untuk memastikan perkhidmatan kaunseling di negara ini mengikut piawai yang ditetapkan sebagaimana peruntukan undang-undang Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).
Sejarah kewujudan PsyberJKM bermula dengan Unit Psikometrik JKM Malaysia yang pada asalnya memulakan usaha membina ujian psikologi dalaman iJ-Career khusus untuk kegunaan JKM Malaysia. Kejayaan dan proses pembinaan ujian psikologi iJ-Career telah menampakkan potensi pasukan Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi JKM Malaysia untuk menyumbang bukan sekadar pembinaan ujian psikologi, malahan berkeupayaan untuk mengembangluaskan perkhidmatan psikologi dengan elemen pendigitalan.
Tanggal 13 September 2022 tertubuhlah pasukan pendigitalan pertama terdiri daripada Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi JKM yang mula mendigitalkan ujian psikogi iJ-Career. Rentetan peristiwa ini, satu demi satu ujian-ujian psikologi kegunaan JKM mula didigitalkan. Seiring perjalanan masa dengan perkongsian kepakaran dalam kalangan Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi, pasukan pendigitan kini menjadi entiti penting dalam proses pendigitalan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang membawa kepada tertubuhnya PsyberJKM.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak terutama kepada Pasukan Pendigitalan Instrumen Psikometrik ini. Anda hebat! Harapan saya agar ujian psikologi secara digital ini dapat memberi impak positif yang besar kepada landskap penyampaian perkhidmatan di jabatan ini."
SITI FATIMAH BINTI ISMAIL
Pengarah Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Jabatan Kebajikan Masyarakat