PENGENALAN POD
PENGENALAN POD
Literasi menggunakan Google Form
Berpengetahuan luas dalam konsep dan ciri psikometrik ujian
Paparan antara muka (interface) Google Form menepati pelbagai peranti seperti desktop, tablet & telefon bimbit
Membangunkan pautan serta Kod QR bagi setiap ujian
Mengenalpasti ujian psikologi yang bersesuaian dan bertepatan untuk pendigitalisasi
Menyediakan kandungan dan informasi di dalam PsyberJKM
Editor kandungan dan infomasi di dalam PsyberJKM
Saling melengkapi dengan budaya kerja berkongsi kepakaran antara satu sama lain
Literasi menggunakan Google Docs dan Google Slide
Literasi menggunakan Google Sites
Literasi menggunakan perisian rekabentuk (design)
Rekabentuk tema dan layout bagi setiap kluster ujian
Menyelaras rekabentuk kulit hadapan dan inlay profil
Memastikan format rekabentuk adalah compatible
Merekabentuk poster, infografik dan imej berkaitan PsyberJKM
Saling melengkapi dengan budaya kerja berkongsi kepakaran antara satu sama lain
Literasi menggunakan Google Sheets dan MS Excel
Literasi menggunakan Google Apps Script
Mengintegrasi Google Sheet ke Google Plugins (Autocrat)
Penyelaras formula skor dan profil keputusan
Penjanaan keputusan kepada responden dan PPSi
Pengujian dan penyelenggaraan sistem
Pewujudan Dashboard
Pengintegrasian data
Saling melengkapi dengan budaya kerja berkongsi kepakaran antara satu sama lain
MISI DAN KOMITMEN PASUKAN
Mendigitalkan semua pendokumentasian dan perkhidmatan Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Umumnya, komitmen utama pasukan kami adalah untuk membantu penyampaian perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling oleh Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat di samping melestari alam sekitar demi generasi masa hadapan.
BUDAYA PASUKAN
Pembentukan pasukan ini bukan kebetulan tetapi keperluan berdasarkan data penyampaian perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Dengan angka tahunan sekitar 10 ribu hingga 12 ribu penggunaan ujian psikologi dalam tempoh tiga tahun, kami melihat keperluan ke arah ujian digital akan membawa impak yang besar bukan sahaja kepada pegawai di lapangan malahan kepada alam sekitar. Pembuatan keputusan dalam projek-projek pasukan ini juga bersifat 'evidence based' dan tidak hanya berlandaskan keputusan majoriti semata-mata.
Percambahan idea dan berfikir di luar kotak menjadi kelaziman dalam sesi bengkel pasukan kami. Dalam usaha untuk menyampaikan perkhidmatan seiring dengan dunia automasi dan digital yang mewarnai revolusi perindustrian 4.0 merupakan cabaran utama untuk memastikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kekal relevan.
Fokus kepada matlamat dan menikmati proses tersebut merupakan elemen utama pasukan kami. 'Hiccups' dan 'ups and down' semasa menyelesaikan sesuatu projek dilihat sebagai cabaran dan bukan halangan sekaligus menjadikan kami terbuka kepada pengalaman dan kaedah penyelesaian yang baharu. Konsep kerja yang santai dengan 'less red tape' memangkin kreativiti pasukan ini.
Tailoired Recruitment! Ahli pasukan kami dibentuk berdasarkan Knowledge, Skills dan Ability (KSA) serta pengalaman di lapangan. Kesemua intel pasukan 'dilamar' secara individu. Kami dilantik setelah mendapat persetujuan untuk memberikan komitmen sebagai ahli pasukan ini. Kriteria spesifik yang ditetapkan melalui pengetahuan, kemahiran, kebolehan individu serta pengalaman kami mengikut pod (kumpulan) masing-masing membantu pasukan ini melengkapi karakteristik antara satu sama lain.
NILAI PASUKAN
Atas dasar kepercayaan pihak pengurusan, pasukan ini dibentuk. Atas dasar kepercayaan sesama ahli, pasukan ini mengorak langkah dengan berani.
Keghairahan serta keterujaan menjadikan ahli pasukan ini 'enthusiast' yang melaksanakan projek bukan berorientasikan keuntungan sekaligus menjadi pemacu utama momentum pasukan ini untuk terus melangkah jauh ke hadapan.
Teamwork Berteraskan keyakinan terhadap satu sama lain menjadikan pasukan ini bergerak dan bersinergi dengan semangat juang dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.
Konsep pembelajaran berterusan melatari nilai pasukan ini demi memastikan pasukan ini bergerak seiring dengan kecanggihan dan kemodenan teknologi
Inilah Pasukan Kami!