Ujian psikometrik ialah satu bentuk ujian yang digunakan untuk mengukur sifat dan kecenderungan psikologikal seseorang. Ujian psikometrik dapat digunakan dalam pembuatan keputusan, seperti dalam pemilihan personel, penilaian prestasi, pengembangan personel atau dalam penentuan diagnosis dan perancangan rawatan dalam bidang psikologi dan psikiatri.
Ujian psikometrik merangkumi ujian personaliti, ujian kecerdasan serta ujian minat kerjaya. Walaubagaimanapun, ujian yang terkandung dalam platform Google Site ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Waktu yang diperlukan untuk menyelesaikan satu-satu ujian psikometrik adalah bergantung kepada jumlah soalan yang terkandung di dalam ujian tersebut. Namun begitu, secara purata sesuatu ujian psikometrik mengambil masa 10 minit hingga 30 minit untuk diselesaikan.
Adakah ujian psikometrik yang saya jalani sah serta boleh dipercayai dan Bagaimana ujian psikometrik digunakan dalam pemilihan personel/pekerja?
Semua ujian yang disiarkan dalam platform ini adalah ujian-ujian yang telah dibuktikan kesahan dan boleh dipercayai. Ujian psikometrik boleh digunakan dalam pemilihan personel/pekerja untuk meramal prestasi kerja dan kesesuaian jawatan yang ditawarkan serta mengenalpasti calon yang berpotensi untuk berkembang dalam kerjayanya.
Apa yang harus saya lakukan jika saya merasa kesukaran semasa menjawab pertanyaan/ soalan dalam ujian psikometrik?
Jika anda mengalami kesulitan untuk menjawab soalan dalam sesuatu ujian, sebaiknya anda memilih jawapan yang paling menggambarkan diri anda tanpa perlu bersifat terlalu berhati-hati dan analitikal.
Adakah hasil ujian psikometrik dapat digunakan untuk pembangunan diri dan profesional?
Hasil ujian psikometrik boleh digunakan untuk pembangunan diri dan profesional, seperti dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan individu, menetapkan tujuan dan matlamat