KURSUS ASAS PEMBANGUNAN APLIKASI MOBILE
MAKLUMAT PROGRAM DAN OBJEKTIF LATIHAN
MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh:
2hb. hingga 3hb. Mei, 2023
Tempat:
Bilik Latihan Berkomputer, JAKESS
Nama Urusetia:
Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin; dan
Puan Nur Aini binti Abdul halim Wong Thin Tuck
Penceramah/Fasilitator:
Encik Wan Ahmad Jailani bin Wan Ngah, CIAST
OBJEKTIF KURSUS
Memberi pendedahan kepada para peserta yang terdiri dalam kalangan Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer Jabatan ini berkenaan dengan asas kemahiran seni bina dan kerangka Aplikasi Mobile.
ANALISIS BORANG PENILAIAN PROGRAM
Borang Penialian Program telah dinilai oleh 9 orang responden.
Penilaian terhadap Objektif: 4.4 (Memuaskan)
Penilaian terhadap Fasilitator undangan:
Encik Wan Ahmad Jailani bin Wan Ngah, CIAST: 4.5 (Memuaskan)
Penilaian terhadap Modul Pembelajaran: 4.5 (Memuaskan)
Penilaian terhadap Pencapaian/ Faedah Kursus: 4.5 (Memuaskan dan tidak memerlukan kursus lanjutan)
Penilaian terhadap Pengurusan Program (Secara Keseluruhan): 4.4 (Memuaskan)
KEKUATAN PROGRAM
Diambil daripada penilaian responden tanpa suntingan.
Tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman, kerjasama urusetia dan komitmen peserta kursus
Pembelajaran secara amali
Modul yang digunakan oleh penceramah adalah senag faham serta lebih praktikal membuat secara hands on
pendedahan baru yang diberikan kepada saya yang tidak lazim dengan aplikasi mobil
Penceramah dan latihan yang diberikan.
Penceramah yang bagus
Ict
Dapat menambah ilmu berkaitan langkah-langkah pembangunan aplikasi.
CADANGAN
Diambil daripada penilaian responden tanpa suntingan.
Latihan ini wajar diadakan untuk sesi yang seterusnya bagi menambahkan lagi kemahiran kepada peserta kursus supaya Jabatan ini mendapat manfaat dalam usaha memberikan kemudahan secara digital kepada pelanggan-pelanggan mahkamah.
Penyediaan rakaman bagi peserta yang tidak berkesempatan menyertai bengkel yang dianjurkan jabatan ini.
Tiada
nota diberikan awal untuk persediaan
Perlu dilaksanakan kursus siri ke 2 untuk langkah seterusnya bagi memantapkan lagi ilmu yang diperolehi ini dari tergantung atau terbiar begitu sahaja
Tambah hari
Baik diteruskan
Boleh mengadakan kursus secara bersisti sebagai tambahan kursus sedia ada
KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian dan analisa borang penilaian terhadap semua perkara serta maklum balas dan cadangan yang diberikan, secara keseluruhannya, objektif penganjuran kursus ini telah tercapai.
LAMPIRAN
KOLEKSI MEDIA
Disediakan oleh:
NUR AINI BINTI ABDUL HALIM WONG THIN TUCK
Pembantu Tadbir (P/O),
Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi,
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Tarikh : 17hb. Mei, 2022.
Disemak oleh:
MOHD TAUFIK NAIM BIN KAMARUDIN
Ketua,
Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi,
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor,
Tarikh : 17hb. Mei, 2022.