KURSUS SETIAUSAHA CEMERLANG, PEMIMPIN TERBILANG, JAKESS GEMILANG
MAKLUMAT PROGRAM DAN OBJEKTIF LATIHAN
MAKLUMAT PROGRAM
Hari:
Rabu dan Khamis
Tarikh:
15 hingga 16 Jun 2022
Tempat:
Kalumpang Resort and Training Centre.
Nama Urusetia:
Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin; dan
Puan Nur Farhana binti M. Zakaria.
Penceramah:
Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin
Tuan Aminullah bin Bahrin
Kalumpang Resort and Training Centre.
OBJEKTIF KURSUS
Meningkatkan kemahiran interpersonal Setiausaha Pejabat agar sentiasa cemerlang dalam melaksanakan tugasan;
Menerapkan nilai-nilai murni (Sabar, Integriti, Responsif, dan Mesra) yang telah ditetapkan oleh Jabatan dalam melaksanakan tugasan sebagai petugas barisan hadapan;
Mengasah kemahiran para peserta untuk berkomunikasi dengan baik sama ada komunikasi dengan pelanggan atau sesama rakan sekerja termasuk majikan;
Membantu para peserta untuk terus sentiasa bersikap positif walaupun dalam keadaan stress atau tekanan di tempat kerja ketika melayani pelanggan;
Meningkatkan motivasi para peserta untuk sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik; dan
Mengukuhkan semangat kerja berpasukan yang baik secara vertikal dan juga horizontal.
JADUAL KURSUS
ANALISIS BORANG PENILAIAN PROGRAM
Borang Penialian Program telah dinilai oleh 22 orang responden.
Penilaian terhadap Objektif: 4.5 (Memuaskan).
Penilaian terhadap Fasilitator undangan:
Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin: 4.8 (Memuaskan)
Tuan Aminullah bin Bahrin: 4.7 (Memuaskan)
Penilaian terhadap Modul Pembelajaran: 4.5 (Memuaskan).
Penilaian terhadap Pencapaian/ Faedah Kursus: 4.7 (Memuaskan dan tidak memerlukan kursus lanjutan).
Penilaian terhadap Pengurusan Program (Secara Keseluruhan): 4.7.
KEKUATAN PROGRAM
Diambil daripada penilaian responden tanpa suntingan.
Semangat dan berkeyakinan
Semua ahli yang memberikan kerjasama;
Kerjasama setiap peserta dan pemikiran yg terbuka;
Dapat menambahkan pengalaman dan memberikan kesegaran fikiran dan minda semua peserta;
Bonding time antara peserta;
Aktiviti dan kerjasama yang terbaik;
Kerjasama berpasukan;
Dapat mengenali satu sama lain walaupun berlainan jawatan;
Memupuk semangat kerjasama dan dapat mengenali rakan Setiausaha yang lain
Kerjasama dan komunikasi yang baik;
Kerjasama yg erat antara peserta
Aktiviti sangat best dan tidak mengecewakan serta tidak membosankan; dan
Kami enjoy, happening, bestlah
CADANGAN
Diambil daripada penilaian responden tanpa suntingan.
Haruslah diteruskan dimasa akan datang;
Lokasi tempat yang lebih menarik;
Wajar untuk dibuat setahun sekali bagi semua kakitangan;
Banyakkan aktiviti dan program outdoor
Menambah aktiviti dengan lebih banyak;
Lebihkan tempoh masa program;
Boleh diteruskan secara tahunan; dan
Tambah hari kursus
KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian dan analisa borang penilaian terhadap semua perkara serta maklum balas dan cadangan yang diberikan, secara keseluruhannya, objektif penganjuran kursus ini telah tercapai.
LAMPIRAN
KOLEKSI MEDIA
Disediakan oleh:
NUR FARHANA BINTI M. ZAKARIA
Pembantu Tadbir (P/O),
Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi,
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Tarikh : 05 Julai 2022.
Disemak oleh:
MOHD TAUFIK NAIM BIN KAMARUDIN
Ketua,
Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi,
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor,
Tarikh : 05 Julai 2022.