Selamat Datang ke Dashboard Unit Psikologi & Kaunseling, IPGM
Selamat Datang ke Dashboard Unit Psikologi & Kaunseling, IPGM
VISI
Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan
MISI
Pembestarian perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk memperkembangkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatana psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
Memberi kesedaran kepada warga KPM akan kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga KPM.
Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
Melestarikan kelangsungan perkhidmatan kaunseling kepada pemegang taruh.
Menyediakan pelan dan laluan kerjaya kepada bakal guru selaras dengan rakan profesional yang lain.
PIAGAM PELANGGAN
Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh Kaunselor Organisasi yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan selaras dengan Akta Kaunselor 1998 (Akta 58Q);
Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh sepuluh (10) minit;
Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes baharu selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien;
Memastikan laporan sesi kaunseling disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja atas permintaan;
Memastikan laporan ujian psikometrik disediakan dalam tempoh tiga (3) hari selepas diambil atas permintaan klien.