Kemahiran: Membina Objek (Yang ditentukan)
Langkah-langkah:
1. Murid-murid diminta berada dalam kumpulan masing-masing seperti yang telah dibina sebelum ini.
2. Murid-murid diminta membentuk objek berdasarkan arahan guru dengan menggunakan kiub-kiub yang diberikan, kotak-kotak terbuang, dan mana-mana bahan yang berkaitan.
3. Murid-murid melakukan aktiviti membentuk objek-objek yang telah ditentukan oleh guru dengan menggunakan kiub-kiub dan bahan yang disediakan.
4. Murid-murid membentang hasil objek yang dihasilkan.
Cadangan objek yang ditentukan:
1. Buku
2. Telefon
3. Kerusi
4. Meja
5. Baju
6. Kapal
7. Rumah
8. Ikan
9. Bintang
10. tangga
Catatan:
1. Dalam aktiviti ini, guru memberi bimbingan tentang tugasan yang diberikan itu. Tugasan yang diberikan itu hendaklah dihasilkan sendiri oleh kanak-kanak tersebut dari aspek menghasilkan idea, menyelesaikan masalah serta dalam membuat sesuatu keputusan dalam kumpulan.
2. Sebelum pembentangan, murid diminta mempersembahkan sorakan kumpulan atau war cry mereka.
3. Objek yang dihasilkan itu adalah mengikut kebebasan murid untuk menentukan bentuk-bentuk yang telah ditetapkan itu.
4. Guru tidak menilai sesuatu objek itu sebagai salah sekiranya bertentangan dengan apa yang diminta. Sebaliknya, meminta murid memberi penjelasan (justifikasi) tentang bentuk yang dihasilkannya.