Kemahiran: Kolaboratif (Binaan Kumpulan)
1. Murid-murid dibahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi tiga hingga lima orang ahli.
2. Murid-murid diberi tugasan iaitu untuk melantik ketua kumpulan, memberi nama kumpulan mereka, moto kumpulan, logo kumpulan dan sorakan kumpulan atau war cry.
3. Setiap kumpulan membuat pembentangan tentang tugasan yang diberikan.
Catatan:
1. Dalam aktiviti ini, guru memberi bimbingan tentang tugasan yang diberikan itu. Tugasan tersebut hendaklah dihasilkan sendiri oleh murid-murid dari aspek menghasilkan idea, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Guru memberi bimbingan kepada murid untuk melaksanakan tugasan tersebut.
2. Bagi aktiviti menghasilkan logo kumpulan, guru diminta menyediakan kertas majong, pensel, pewarna dan mana-mana alat tulis lain yang berkaitan.
3. Bagi sorakan kumpulan atau war cry pula, biasakan dalam aktiviti kumpulan untuk mempersembahkannya sebelum sesuatu tugasan itu dibentang oleh murid-murid.
Objektif:
Murid-murid dapat membina hubungan yang kuat antara ahli kumpulan melalui tugasan yang diberikan.