Aktiviti hari kelima:
Mengenal dan membina huruf y dan z.
y
z
Langkah-langkah:
1. Murid-murid diminta berada dalam kumpulan masing-masing.
2. Murid-murid diberi tugasan untuk mencari enam huruf iaitu huruf y dan z yang diletakkan di sekitar kawasan di dalam bilik darjah berdasarkan warna.
3. Murid-murid diminta menyebut huruf yang diperoleh itu dengan bimbingan guru.
4. Murid-murid diminta membentuk huruf tersebut dengan menggunakan kiub-kiub yang diberikan kepada semua kumpulan.
5. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk menyebut huruf-huruf tersebut.
6. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk mengenal huruf-huruf tersebut dengan mengulang aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan tadi sebagai aktiviti pengukuhan.
7. Murid-murid diberi penilaian secara formatif kepada murid tentang huruf-huruf yang telah dipelajari.
8. Murid-murid diberi pengukuhan kepada mereka yang dapat menguasainya.
9. Murid-murid diberi bimbingan dengan mengulang aktiviti sebelum ini hingga berjaya dan dapat menguasai kemahiran tersebut.
Catatan:
Dalam aktiviti ini, guru memberi bimbingan tentang tugasan yang diberikan itu. Tugasan yang diberikan itu hendaklah dihasilkan sendiri oleh kanak-kanak tersebut dari aspek menghasilkan idea, menyelesaikan masalah serta dalam membuat sesuatu keputusan dalam kumpulan.