"PEMBELAJARAN BERMAKNA, MERIAH SELAMANYA"
Berminat dalam aktiviti sosial seperti sukarelawan dan visual linguistik
Mudah beradaptasi dengan suasana baru & naturalis
Tiga kanak-kanak sedang belajar
Melambangkan semangat pembelajaran secara bersama-sama. Ia mencerminkan perpaduan, kerjasama dan keinginan untuk menimba ilmu dalam suasana yang menyeronokkan.
Pelangi di Latar Belakang
Pelangi menggambarkan suasana yang ceria dan meriah.
Bintang-bintang
Mewakili pencapaian, cita-cita, dan inspirasi untuk mencapai kejayaan.
Warna-warna Ceria
Menunjukkan tenaga dan mempunyai jiwa untuk belajar yang gemuruh.
Teks 'GEMURIAH'
Gemuriah adalah akronim kepada perkataan gemuruh dan riang.
Bulatan dan Garisan Pelangi Tambahan
Memberikan rasa pergerakan dan dinamik, melambangkan pertumbuhan dan perkembangan berterusan.
Rumah di Bahagian Bawah
Melambangkan asas pendidikan bermula dari rumah.
MOTTO
Pembelajaran Bermakna, Meriah Selamanya
Menegaskan falsafah pendidikan yang mengutamakan pengalaman bermakna dan menggembirakan. Matlamat untuk menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang berterusan dan penuh kegembiraan.